Followers

Friday 6 June 2014

Tak HABIH-HABIH Fitnah


Johor Bahru: Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin menjelaskan beliau akan memegang ' kuasa eksekutif' dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah yang akan ditubuhkan oleh kerajaan negeri.

Beliau juga menolak dakwaan laporan Malaysiakini yang mengatakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mempunyai kuasa mutlak dalam perlantikan lembaga pengarah dan pentabiran dalam lembaga berkenaan.

"Laporan itu sama sekali tidak benar kerana saya yang akan menjadi pengerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor dengan 'kuasa eksekutif' yang diperuntukkan kepada saya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelan Induk Industri Pelancongan Negeri Johor dan Explore Johor Fest 2014 di Senai, semalam.

Beliau menegaskan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor adalah sama seperti Johor Corporation (JCorp) yang secara automatik peranan pengerusi dipegang oleh Menteri Besar.


Kadang-kadang hairan apa yang puak ni mau sebenarnya ? Asyik nak spin ja .. sebab tu MMI antara yang tidak setuju apabila Zahid Hamidi bagi penghargaan kepada Malaysikini ari tu.Lebih baik hargai mereka yang selama ini berjuang untuk kita.Bukan angkat puak musibat yang selalu bikin fitnah.

Kepada yang kat luar sana MMI nak pesan belajarlah hargai orang sendiri !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels