Followers

Sunday 8 June 2014

UMNO Bawa Pulang Jemaah Terkandas Di MADINAH @azeezputera


Sikap pentingkan diri pihak agensi menyebabkan Datuk Azeez Pengerusi Biro Kebajikan UMNO melahirkan kekecewaannya kerana insiden 121 jemaah Malaysia yang terkandas di Madinah berlaku disebabkan kelalaian atau sikap sambil lewa pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab.

Dalam sidang medianya semalam , Datuk Azeez menyatakan bahawa nasib 121 jemaah yang terkandas sudah pun mendapat reaksi segera daripada pihaknya dan UMNO.

Mereka akan di bawa pulang dan di jangka tiba ke Malaysia pada 9 Jun 2014 setelah beberapa hari terkandas di sana.Datuk Azeez juga berkata Biro itu mendapat maklumat daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Makkah memaklumkan 268 jemaah dari Malaysia yang menunaikan umrah pada 21 Mei menerusi sebuah Agensi pelancongan tempatan dan sepatutnya pulang 1 Jun lepas terkandas.

"Bagaimanapun sehingga semalam, masih terdapat 121 orang yang kebanyakannya dari Perak dan Pulau Pinang masih terkandas, 10 orang telah pulang pada 4 Jun lepas, manakala 137 orang berlepas dari Jeddah semalam dan tiba di KLIA2 pukul 10 pagi tadi".

Melalui salah seorang saudara jemaah yang terkandas , Utaranews,com di maklumkan bahawa terdapat para jemaah yang kini sudah kehabisan ubat khususnya warga tua dan ada yang kurang sihat.

Pihak agen pula gagal di hubungi dan wakil mereka di sana sudah menghilangkan diri.

Berikut merupakan gambar-gambar sebahagian daripada jemaah yang terkandas di Madinah.



Berdasarkan sumber Bernama , sehingga berita ini di siarkan jemaah tersebut sudah pun di bawa menaiki bas daripada Madinah ke Jeddah dan akan menaiki penerbangan pulang ke Malaysia pada pukul 10 malam waktu tempatan.

Dalam pada itu Datuk Azeez juga berkata "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah hubungi saya dan mengarahkan supaya Biro Kebajikan UMNO menguruskan segera untuk membawa pulang 121 rakyat Malaysia yang terkandas di sana.

"Jadi saya terus hubungi FLYNAS untuk membantu kita membawa pulang jemaah di sana menerusi peruntukan yang disediakan oleh Biro Kebajikan UMNO," katanya.

Datuk Azeez berkata anggota keluarga jemaah yang terkandas di Madinah tidak perlu risau kerana mereka berada dalam keadaan selamat dan akan dibawa pulang segera.

Katanya siasatan awal mendapati agensi yang membawa jemaah berkenaan dengan menawarkan pakej umrah berharga RM3,999 hanya membeli tiket penerbangan pergi tanpa menempah tiket untuk penerbangan pulang.

Beliau telah menghubungi wakil syarikat dan pejabat agensi pelancongan berkenaan bagaimanapun tidak berjawab.

"Agensi yang berpejabat di Perak itu tidak menempah tiket pulang dan wakilnya yang bersama jemaah di Makkah telah pulang lebih awal serta meninggalkan mereka di sana tanpa sebarang maklumat.sumber 

1 comment:

  1. JIka lah benar syarikat berkenaan Madain Taqwa yang beroperasi di taiping , siasatan terperinci perlu dibuat oleh pengurusan syarikat itu sendiri kerana lebih 1000 orang telah pergi dengan syarikat ini tanpa sebarang masaalah , persoalan timbul adakah wakil agen syarikat ini tersilap atau dengan sengaja berbuat silap untuk menhancurkan nama baik syarikat ini. Kami difahamkan , syarikat ini menawarkan kadar harga RM3700 setiap peserta umrah sedangkan yang ini membayar RM3999, jadi mungkin ada cerita disebaliknya . Apa kata Taiping<ali bertindak mendapatkan maklumat lebih detail untuk renungan mereka yang berminat untuk melakukan umrah dengan madain taqwa

    ReplyDelete

Labels