Followers

Wednesday 13 August 2014

Anwar Makin Cemas HADI Tetap SOKONG Khalid ?!!!


Tindakan tergesa-gesa Anwar dan konco-konconya yang terbang ke Terengganu di hari keputusan DYMM Sultan Selangor perkenankan Khalid Ibrahim meneruskan tugas-tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor dilihat banyak pihak sebagai tindakan cemas dan terdesak Anwar dan PKR.

Anwar tahu dengan perkenan daripada DYMM Sultan Selangor , Khalid akan menyebabkan kecacatan teruk kepada imej politik PKR.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR tahu bahawa Khalid dengan kuasa yang dimilikinya sebagai Menteri Besar pasti akan bertindak membalas serangan awal yang dilakukan oleh PKR terhadap dirinya.

Oleh kerana itu Anwar perlu segera bertemu seterusnya menyakinkan pucuk pimpinan PAS supaya memberikan sokongan terhadap gerakan menukar Menteri Besar Selangor kepada Wan Azizah isterinya sendiri.

Pertemuan yang berlangsung pada malam 11 Ogos 2014 itu sememangnya berlaku dan disahkan oleh Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali.Namun tidak ada sebarang kenyataan dibuat oleh kedua-dua pihak setelah pertemuan terbabit selesai kerana masing-masing tidak mahu bertemu pihak media yang sedia menunggu di lobi hotel di Marang Terengganu.

Hanya satu kenyataan ringkas dikeluarkan oleh Anwar apabila menyatakan pertemuan tersebut baik seterusnya menimbulkan pelbagai spekulasi memandangkan Anwar Ibrahim bukanlah seorang pemimpin politik yang suka menyimpan berita.

Beliau sebelum ini sering menjadikan media sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat khususnya berita-berita yang punya kredit kepada PKR mahupun Pakatan Rakyat.

Kini rakyat tertanya-tanya apakah yang berlaku dalam pertemuan terbabit ?

Seorang AJK PAS Pusat semalam mendedahkan bahawa pertemuan antara Ketua Umum PKR , Anwar Ibrahim dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berakhir dengan KEGAGALAN.

Menurut kenyataan terbabit , Abdul Hadi langsung tidak mahu berkompromi dengan Anwar serta mahu Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

AJK PAS tersebut membayangkan bahawa Khalid akan melakukan penyatuan parti Melayu seperti yang diramalkan sebelum ini oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki.

Malah kenyataan ini diperkuatkan lagi apabila DAP dalam kenyataan mereka sudah pun mendesak PAS supaya segera membuat keputusan sama ada terus menyokong Khalid sebagai Menteri Besar atau mempunyai pilihan lain yang boleh dijadikan sebagai asas kepada satu keputusan bersama.

Untuk rekod PAS hanya akan bermesyuarat dan membuat keputusan pada 17 Ogos 2014 nanti seperti mana yang telah dinyatakan oleh Hadi Awang. sumber 

MMI

1 comment:

  1. bila lebih punaisihat berbanding penasihat.

    ReplyDelete

Labels