Followers

Friday 1 August 2014

BETOI Ka PAS Akan Kalah TERUK ??


Kekalutan politik Selangor telah menguji sejauh mana ikatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat benar-benar punya kesepakatan seperti mana yang diwar-warkan selama ini.Malahan kekalutan serta krisis kepimpinan yang berlaku itu disebabkan oleh permasalahan yang wujud dari kalangan Pakatan Rakyat sendiri tanpa sedikit pun campur tangan daripada UMNO dan BN.

Adakah ini yang mahu disajikan oleh Anwar kepada rakyat Malaysia ? Dan adakah ini namanya kerajaan berjiwa rakyat ?

Kekalutan itu bukan sahaja sudah mengheret pergeseran sesama parti dalam Pakatan Rakyat tetapi sudah sampai ke tahap mencela sekutu sendiri.Apakah PAS masih mahu memekakkan telinga dan memaafkan segala perbuatan sahabat munafik mereka ?

DAP dilihat cuba untuk merendahkan kekuatan PAS di Selangor apabila sengaja membuat analisa kononnya PAS akan kalah jika pilihanraya negeri diadakan di negeri berkenaan pada waktu terdekat.

Analisa yang dibentangkan oleh Tony Pua yang disiarkan oleh roketkini.com jelas menunjukkan ketakutan DAP apabila berita PAS mahu bergabung dengan UMNO di Selangor tersebar.Dap tahu bahawa PAS kuat di Selangor dan DAP mengambil sikap mengharapkan PKR untuk membentuk kerajaan.

Mungkin disebabkan itulah DAP mengambil sikap merendahkan kekuatan PAS supaya rakyat tidak gentar dengan cadangan gabungan dua parti Melayu tersebut.

Secara amnya DAP sedang berusaha untuk menutup pekung Pakatan Rakyat sendiri kerana mereka bukan sahaja tahu malah sedar rakyat sedang melihat malah menilai gabungan atau sekutu yang menamakan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat.

Sejauh mana Pakatan Rakyat benar-benar mampu menjadi tepat bergantung kepada rakyat sekiranya mereka menjadi kerajaan ?

Rakyat diluar sana bukanlah rakyat yang boleh diperbodohkan dengan taktik dan strategi politik murahan seperti ini , mereka mahukan sebuah kerajaan stabil dan berwibawa bagi memastikan kelangsungan sebuah negeri dan negara yang makmur.

DAP juga tahu bahawa PAS mampu memusnahkan impian Pakatan Rakyat sekiranya apa yang sedang berlaku ini menyebabkan PAS meninggalkan gabungan pembangkang.Tanpa prejudis sama ada PAS keluar dari Pakatan Rakyat untuk bersama BN atau bersendirian kesannya cukup hebat kepada DAP dan PKR.

Mereka tahu semua ini boleh berlaku dalam keadaan UMNO sudah pun membuka ruang bagi memberikan laluan kepada perbincangan berkenaan undang-undang hudud.

Jika itu berlaku Pakatan Rakyat akan runtuh dan impian mereka untuk berkuasa akan menemui kegagalan.

Hakikatnya semua diatas diperakui sendiri oleh Tony Pua apabila berkata “Jika DAP dan PKR mahu menggantikan Tan Sri Khalid, manakala PAS mahu mengekalkan beliau dengan sokongan UMNO, Dewan Negeri akan terbelah dua tanpa majoriti jelas”

Malah jika diteliti analisa Tony Pua ianya tidak lebih dari sekadar ugutan DAP terhadap PAS kononnya PAS lah yang akan mengalami kesan paling teruk sedangkan hakikatnya DAP dan PKR lah yang akan menerima musibah paling dasyat dalam sejarah politik mereka.

Soalnya sejauh mana kebijaksanaan PAS menangani isu yang sedang bergolak ini ?

Apakah PAS masih mahu menjadi pencacai kepada DAP dan PKR ?

Semuanya terletak pada keputusan Majlis Syura dan Presiden parti bukannya Timbalan Presiden yang langsung tidak punya hormat terhadap pimpinan sendiri ! sumber 

MMI kata jangan setakat analisa ja jom try tengok ! Amacam ??

MMI

1 comment:

  1. DAP Tony Pua nie Pakar Menilik Nasib Ker? PAS takut ker Nasib dah ditenung oleh DAPigs????

    Ikut ajerlah cakap DAPigs

    ReplyDelete

Labels