Followers

Tuesday 12 August 2014

Ewah Ewah STOPA Ada Cita-Cita Nak Jadi PRESIDEN Ni !!!


Ternyata PAS kini sudah boleh melihat siapa sebenarnya bersama parti dan siapa sebenarnya dalang kepada parti.

Banyak pihak dari kalangan PAS sendiri sebelum ini tertanya-tanya siapakah dalang yang sering merosakkan imej serta prinsip parti yang mengaku pejuang Islam tersebut selama ini.

Dalam konflik politik Pakatan Rakyat di Selangor , walaupun Mursyidul Am PAS , Nik Aziz Nik Mat serta Presiden parti , Abdul Hadi Awang menegaskan untuk menyokong penuh Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor , Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali seolah-olah menyokong keputusan untuk memecat Khalid dari jawatan berkenaan.

Mustafa dalam satu kenyataannya menyatakan bahawa PAS akan tetap berada didalam Pakatan Rakyat biarpun Khalid Ibrahim dipecat dan dipaksa meletakkan jawatan.Mustafa juga mahu semua exco PAS Selangor kekal berkhidmat dengan kerajaan negeri biarpun Khalid tidak lagi menjadi Menteri Besar.

Amat aneh sekali pada ketika pucuk pimpinan sudah pun menegaskan pendirian mereka untuk mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar , Mustafa pula boleh membuat kenyataan sebaliknya.

Malah keputusan Dewan Ulama PAS Pusat yang senada dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut bersedia jika parti itu ditakdirkan keluar daripada gabungan parti pembangkang berikutan pendapat yang berbeza mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pemangku Ketua Dewan berkenaan, Datuk Ahmad Yakob berkata, mengikut sejarah, parti itu pernah berjuang bersendirian selepas keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan juga pakatan pembangkang bersama Semangat 46.

“Seandainya kita (PAS) bersendirian kita terima. Ini sejarah-sejarah yang telah disebut oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Laluan PAS ini bukan mudah.

“Keputusan Majlis Syura Ulama PAS telah membuat ketetapan mengenai keputusan itu. Ia merujuk kepada lunas-lunas perlembagaan semasa membuat keputusan itu”.

Apakah Mustafa Ali tidak peka dan tidak dimaklumkan tentang pendirian pucuk pimpinan dan juga Dewan Ulama PAS Pusat ?

Sehingga ke saat ini tidak ada sebarang kenyataan dibuat oleh mana-mana pucuk pimpinan PAS melainkan Mustafa Ali perihal PAS akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

Apakah kedudukan atau kuasa yang dimiliki oleh Mustafa Ali menjangkaui kuasa yang dimiliki oeh Presiden parti dan lain-lainnya ?

Jika diamati tindakan Mustafa Ali ini bolehlah disimpulkan beliau bukan sahaja berkeinginan untuk memimpin parti PAS tetapi sudah pun mengambil alih jawatan Presiden parti PAS dari tangan Hadi Awang sendiri.

Soalnya mahukah ahli-ahli PAS memilih Mustafa yang pernah dikaitkan dengan skandal video seks sebagai Presiden parti ? sumber 

MMI

1 comment:

  1. suruh cikgu pa tubuh partinya sendiri ..bendera hijau tapi bukan bulan ditengah2 nyer..ganti dgn gambar spender saiz XXL

    hanya mereka yang diliwat pemikirannya oleh sheikh KETUM al juburi sahaja yg masih sayangkan cikgu pa penzina itu !!!

    ReplyDelete

Labels