Followers

Thursday 14 August 2014

Giliran Mat Sabu Pula Nak Jadi PRESIDEN !!!


Sepengetahuan MMI , isu melibatkan kedudukan Menteri Besar Selangor yang kini menjadi perkara paling memalukan bagi Pakatan Haprak dan Anwar Ibrahim sendiri masih lagi belum reda.Khalid Ibrahim walaupun punya perkenaan DYMM Sultan Selangor untuk terus menjadi Menteri Besar bukanlah sesuatu yang boleh dibiarkan begitu sahaja kerana puak-puak PKR khususnya tidak akan berdiam diri.

Anwar pula seperti biasa tidak akan menyerah kalah kerana melibatkan maruah dirinya selaku pemimpin nombor satu (kononnya) dalam Pakatan Haprak.

Walaupun keadaan agak genting Khalid masih punya masa untuk memperbetulkan mana-mana yang kurang kerana selagi sidang DUN belum bermula maka Khalid punya harapan untuk terus mencemarkan maruah Anwar Ibrahim.

Dengan sokongan separuh lakonan wakil-wakil PAS , situasi di Selangor belum menjamin bahawa kemelut politik ini akan selesai.

Malah MMI yakin semua mata kini tertumpu ke arah parti PAS yang mempunyai 15 kerusi selain daripada 4 exco yang kini menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Khalid berdasarkan keputusan parti.

PAS pula hanya akan membuat keputusan secara rasmi pada 17 Ogos 2014 nanti , walaupun pada ketika ini mereka menyatakan persetujuan serta sokongan terhadap Khalid sebagai Menteri Besar.

Tapi belum pun parti bermesyuarat sudah ada dikalangan pemimpin PAS sendiri yang mengaku bahawa walau apa jua yang berlaku PAS akan tetap bersama Pakatan Haprak.

Terkini adalah Mat Sabu Timbalan Presiden parti , bagaimana kenyataan sedemikian boleh terpacul daripada mulutnya sedangkan Presiden serta kepimpinan parti lain belum bermesyuarat ?Baca Sini 

Nampak gayanya makin ramai pemimpin PAS kini cuba menjadi PRESIDEN parti !

Tapi bagi MMI , kita tak perlu risau sangat tentang kenyataan puak-puak ni sebab sememangnya mereka tengah melobi supaya PAS tarik diri dari menyokong Khalid seterusnya mengembalikan Selangor kepada Pakatan Haprak.

Biasa bro inilah ANWARINAS dalam PAS !!! 

Kepada pucuk pimpinan PAS , keputusan mesyuarat kali ini bakal dinilai oleh rakyat sama ada PAS masih punya pendirian dan prinsip perjuangannya atau sememangnya akan terus menjadi pencacai kepada Anwar dan Pakatan Haprak.

Mat Sabu pula , pemilihan beliau sebagai Timbalan Presiden parti adalah satu keputusan paling bodoh yang pernah dibuat oleh perwakilan PAS.

Belajaq-belajaq lah berubah...   

Baca juga artikel berkaitan di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels