Followers

Tuesday 5 August 2014

ISRAEL Kecut Perut Dengan Blogger Malaysia


Biarpun kebanyakan bloggers Malaysia tidak dilengkapi ilmu kewartawanan namun kehadiran mereka di alam maya ternyata mampu merisaukan kuasa besar dunia terutama Israel yang kini sedang menyembelih umat  Islam Palestin.

Minggu lalu, pemilik Facebook Mark Elliot Zukerberg dan rakan-rakannya dikatakan menghalang akses ke blog Tun Dr Mahathir Mohamed ekoran penyebaran artikel ‘The Jews’ yang menjadi viral paling top di Malaysia dan Islam sejagat.

Susulan itu Tun Mahathir membuat kenyataan media menyatakan kekecewaannya mengenai sekatan internet oleh penyokong Yahudi hingga umat Islam tidak dapat mengakses maklumat kezaliman mereka di Palestin.

Pada masa yang sama beberapa akaun rakyat Malaysia yang menyokong Palestin dikatakan menerima amaran dari pentadbir FB yang akaun mereka boleh ditamatkan.

Sekatan FB itu membuktikan Israel gelisah dengan kelantangan Malaysia mengenai penyelbelihan rakyat Palestin dan ia boleh mempengaruhi umat Islam di seluruh dunia.

Memetik laporan blog MyKMU.net yang membuat analisa mengenai kecekapan rakyat Malaysia menggunakan kebebasan ruang siber yang ada untuk menghina dan mengutuk kezaliman Israel di Gaza.

Analisa blog blog itu menyebut purata sorang rakyat Malaysia memiliki 233 rakan dalam satu akaun media sosial.

Ia mungkin kecil tetapi purata itu merupakan tertinggi di dunia untuk seseorang yang memiliki akaun media sosial (sumber: wearesocial.sg). Kajian itu dibuat pada 2011 dan nisbahnya telah berganda pada masakini.

Dengan penduduk Malaysia seramai 29 juta, kira-kira 15.6 juta daripadanya adalah pengguna aktif laman sosial Facebook pada Jan 2014 (sumber: US Census Bureu, InternetWorldStats, ITU, Facebook).

Jumlah pengguna internet yang aktif ini membimbangkan Israel kerana Malaysia mampu menjadi negara terkuat menentang negara itu secara “Non-violent resistance” (penentangan tanpa keganasan).

Ia merupakan teknik yang diperkenalkan secara meluas oleh Gene Sharp melalui bukunya, “From Dictatorship to Democracy”. Gene adalah rakyat Amerika yang dikaitkan dengan National Endownment for Democracy (NED) tajaan George Soros.

“Non-violent resistance” adalah teknik yang digunapakai oleh pejuang Palestin sejak dahulu. Bukan sesuatu yang baharu kepada kita, apabila melihat rakyat Palestin, tanpa sebarang senjata dan hanya berbekalkan batu mempertahankan tanahair mereka. Dengan keadaan daif seperti itu, pihak musuh masih belum mampu untuk mematikan semangat juang Palestin.

Melalui kajian, Gene mendapati gambar serta video di media sosial mengenai pembunuhan, kematian dan tangisan ini dalam menuntut kebebasan Palestin tanpa ada keupayaan untuk bertindakbalas melalui ketenteraan telah menjadi nadi dan berkobarlah semangat perjuangan.

Itulah intipati semangat Palestin, melalui penderitaan. Semangat umat Islam pasti memuncak jika saudara-saudara Palestin mereka dibedil setiap saat oleh rejim laknatullah.

Runtuhnya Soviet Union adalah melalui sumbangan non-violent resistence. Huru hara di negara Arab sebelum ini juga dikaitkan dengan strategi yang serupa.

Begitulah hebatnya koordinasi “non-violent resistance” dan media. Rata-rata pengguna media sosial di Malaysia hari ini melebarkan protes akan kezaliman Israel dengan memuatnaik kisah penderitaan Palestin dalam bentuk foto, video malah ilustrasi grafik.

Ini bermakna kisah tersebut, dengan kekuatan jumlah pengguna Facebook seperti yang penulis terangkan di perenggan ketiga, telah menjadi “viral” dan “virality” ini tiada sempadan garis pemisah. “Tag” sahaja rakan kenalan di US atau UK, maka sampailah mesej tersebut ke sana.

Ini yang amat dikhuatiri oleh Israel, yang lantas mengarahkan ejen-ejen mereka yang bertebaran seantaro dunia untuk menyekat kemaraan media sosial dari Malaysia yang menceritakan kebenaran.

Yang melucukan, kini Israel pula menggunakan teknik yang sama melalui media sosial dalam pembinaan persepsi, yang menggambarkan kononnya mereka tidak bersalah dan diserang, dan berlakunya pembunuhan ke atas rakyatnya.

Tidak cukup dengan itu, Israel menggunakan teknik menyolek tubuh badan dengan warna merah (darah) bagi menggambarkan kecederaan serius kononnya akibat serangan balas Briged Izzuddin Al Qassam sebelum dimuatnaik ke laman sosial.bnbbc

MMI

1 comment:

  1. Jgn biarkan sehari pun hidup anda berlalu tanpa berdoa Qunut Nazilah. mudah2an menjadi bom2 ghaib yg akan menghancurkan keturunan babi zionist laknatullah selama2nya.

    ReplyDelete

Labels