Followers

Tuesday 12 August 2014

Kelibat Seseorang Bikin Hati Puak PKR PANAZZ !!!


Sidang media yang diadakan oleh Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor semalam bukan sahaja dihadiri oleh para pemberita tetapi turut kelihatan kelibat seseorang yang sebelum ini mendapat jolokan ratu.MMI dari awal lagi mengagak si dia semestinya akan hadir ke sidang media terbabit memandangkan beliau selama ini sering kali dilihat rapat dengan Menteri Besar tersebut.

Walau bagaimanapun bukan soal kehadiran itu yang nak dihebohkan sangat walaupun jika benar , kehadiran itu mampu mencemaskan hati dan sanubari si Nuar tetapi sikap yang ditunjukkan oleh Khalid sebagai seorang pemimpin sebuah negeri.

MMI bukan nak up si Khalid ni tapi tindakannya tu yang mengikut segala prosedur-prosedur yang betul menyebabkan puak Anwar dan PKR lainnya terkedu lidah.

Dah biasa sangat puak-puak ni main mengarah orang supaya bertanding lepas tu letak jawatan kemudian namankan adik beradik sanak saudara atau bini sendiri untuk bertanding.

Sebahagian rakyat pula kadang-kadang bodoh juga sebab terima ja sedangkan puak-puak ni dah habiskan duit rakyat untuk menguruskan pula pilihanraya kecil yang bukan sedikit kosnya.

NGO macam BERSIH pula jangan cakaplah apa saja yang boleh back up puak-puak Pakatan Haprak ni dia akan bedal ja sampai kuasa Sultan pun nak dipertikaikan.

Kalau ikut Khalid hanya memerlukan 4 orang exco sahaja bersama dia untuk meneruskan pentadbiran di negeri Selangor tetapi desas desus yang mengatakan beliau bakal mendapat sokongan lebih dari itu akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh mereka terhadap Khalid sebelum ni.

Isu di Selangor ni makin menarikkan ?!!

Pesanan MMI , apa jua yang berlaku di Selangor seharusnya menjadi iktibar kepada semua khususnya orang-orang UMNO !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels