Followers

Friday 15 August 2014

Keputusan PAS Tak Konsisten !!


Pendirian semakin goyah dan ini begitu ketara dilihat berlaku dalam parti PAS apabila mereka seakan-akan tertekan dalam krisis di Selangor.Jika diamati PAS sebenarnya punya ruang dan keupayaan untuk menjadi sebuah parti yang sekurang-kurang dihormati namun kenyataan dan keputusan dari kalangan pucuk pimpinan mereka akhir-akhir ini agak bercelaru.

Walaupun Mustafa Ali berkali-kali menyebut bahawa PAS mengambil langkah untuk lebih berhati-hati dalam menangani isu di Selangor kerana melibatkan kedudukan seorang Menteri Besar , tindakan mereka yang tidak mampu untuk memastikan wakil rakyat sendiri akur kepada arahan parti membuktikan sebaliknya.

Malahan keputusan serta kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini jelas memperlihatkan kecelaruan diantara prinsip dan juga keutamaan untuk terus bersama Pakatan Haprak.

Dalam satu mesyuarat yang diadakan semalam , sekali lagi PAS tetap menolak pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam masa sama, parti itu masih anggap kerajaan Selangor sebagai kerajaan Pakatan, empat Exco itu mewakili parti dan pakatan selepas enam exco daripada DAP dan PKR dipecat dan meletak jawatan.

Keputusan itu dibuat oleh Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Pusat yang bermesyuarat di Ibu Pejabat PAS malam tadi.

Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. 

Dalam sidang media kemudian, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, menegaskan, parti itu menolak pencalonan Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang itu bukan sebab jantina.

Menurut beliau, sebab penolakan pencalonan isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu sudah dinyatakan kepada semua 15 Adun PAS di Selangor dan pucuk kepemimpinan PKR. 

Bagaimanapun, Mustafa berkata PAS tidak akan menuntut dan menamakan wakil rakyatnya di DUN Selangor sebagai calon Menteri Besar. 

“Dari dulu kita dah maklumkan bahawa PAS tidak akan menuntut untuk menduduki kerusi berkenaan ,” katanya.

Mustafa juga berkata, PAS tetap menganggap kerajaan Selangor sedia ada sebagai kerajaan Pakatan Rakyat biarpun ditadbir seorang Menteri Besar Bebas dan hanya empat Exco PAS selepas pemecatan dan peletakan jawatan enam anggota daripada PKR dan DAP. 

Sehubungan itu, katanya, kedudukan Exco PAS dalam kerajaan Selangor masih tidak berubah sehingga keputusan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada Ahad ini. 

Semalam, Wan Azizah mengumumkan mendapat majoriti Adun yang menyokong beliau sebagai menteri besar termasuk dua daripada Adun PAS.bnbbc

Jelas satu kenyataan yang mengelirukan dan bagi MMI mudah keyakinan amat tinggi bahawa PAS akan akur dengan kehadiran Wan Azizah memandangkan kepimpinan di peringkat eksekutif yang mentadbir parti tidak punya kekuatan untuk menyatakan TIDAK atau membuat keputusan meninggalkan Pakatan Haprak.

Ini pasti memandangkan terlalu ramai ANWARINAS dalam pentadbiran parti hari ini dan kerana itu Hadi Awang lemas dalam kedudukannya sebagai seorang Presiden !

Kenapa ?? Kerana beliau membenarkan puak-puak ANWARINAS untuk menafikan tiap keputusan daripada Dewan Ulama PAS Pusat sendiri.

Paling mudah PAS pernah dan akan sentiasa menolak cadangan serta saranan Dewan Ulamanya sendiri demi sebuah perjuangan bersama DAP dan PKR.

Percayalah bukan sahaja PAS menjadi pencacai kepada Pakatan Haprak tetapi Dewan Ulama turut dicacaikan oleh pimpinan parti PAS !!

MMI

4 comments:

  1. Buat apa PAS sokong zizah PKR tu!.....lagipun PAS 15 kerusi ,PKR cuma 13 jer.....lagipun zizah laki-bini bukannya anak jati Selangor pun.....Malulah tengok anak jati Selangor biarkan zizah laki-bini kuasai Selangor...mana batang kamu semua?

    ReplyDelete
  2. pas memang hipokrit, kalau orang dia buat salah senyap je, kalau orang umno, dia yang lebih buat fitnah, kalau umno orang macam mustafa , mat sabu, dan sorang lagi tu dah lama kena tendang.

    ReplyDelete
  3. PAS munafik. Lg bahaya dr DAP

    ReplyDelete
  4. Menang pun Cina undi, kena ikut la abang long DAP.

    ReplyDelete

Labels