Followers

Tuesday 12 August 2014

Khalid PECAT 6 EXCO Dari PKR & DAP !!

 

TIADA MAAF BAGIMU !! Mungkin begitulah ungkapan Khalid apabila membuat keputusan memecat 6 anggota exconya petang tadi.

Menurut sumber pemecatan itu akan disusuli dengan surat rasmi yang akan dihantar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meminta supaya exco berkenaan tidak meneruskan kerja Kerajaan Negeri Selangor.

Berikut adalah anggota exco yang dipecat ..

DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin

Keputusan pemecatan ini dibuat setelah anggota exco terbabit tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri dan semua surat yang dihantar kepada lima exco itu berkuat kuasa serta merta.

Bagaimanapun, Abdul Khalid menyatakan masih belum menulis surat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail kerana berada di luar negara.

Makin menarik !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels