Followers

Friday 15 August 2014

Macam Mana Nak Jadi MB Kalau AURA Pun Tak Ada ?!!


MMI yakin dan percaya mereka yang mengaku menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor juga tidak bersetuju sama sekali jawatan tersebut diserahkan kepada Azizah.Meraka juga tahu Selangor di bawah Azizah bakal hancur.Itu adalah realitinya berdasarkan kepada beberapa faktor yang berlaku sejak dunia menjak ni.

Hakikatnya sokongan yang diberikan terhadap Wan Azizah hanyalah kerana kelibat Anwar Ibrahim !

Mereka juga tahu bahawa Anwarlah yang akan menerajui Selangor selepas ini walaupun beliau terpaksa menggunakan boneka isterinya sendiri.

Sejujurnya jika Wan Azizah benar-benar menepati ciri-ciri seorang pemimpin sudah semestinya kehadiran beliau di bumi Selangor untuk memimpin rakyat Selangor akan disambut umpama perwira.Tetapi lain jadinya dalam salah satu ceramah yang diadakan di Sri Bernam semalam.



Dilaporkan hanya 48 orang sahaja hadir untuk mendengar ceramah tersebut !! Adoiii 48 orang nak bukti apa ??? Aura pun tak dak ni ?????

Untuk makluman menurut sumber setakat ini diberitakan bahawa Anwar Ibrahim akan mengumumkan PKR dan DAP telah membuat persetujuan untuk melantik ADUN Ijok sebagai Menteri Besar yang baharu menggantikan Khalid Ibrahim.

Wan Azizah diketepikan bagi menarik semula sokongan PAS terhadap Pakatan Haprak dengan perlantikan Dr Idris ADUN Ijok ini.

Semua ini dilakukan setelah meneliti konflik yang melibatkan keputusan PKR dan kedegilan PAS untuk kembali menyatakan sokongan padu terhadap Pakatan Haprak.

Sejauh mana kebenarannya ? Kita tunggu tengok ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels