Followers

Monday 4 August 2014

Mampukah UMNO & PAS BERSATU ?!!


Ekoran daripada pelbagai isu yang kini menerjah kepentingan serta hak orang Melayu dan Islam di Malaysia , sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini tampil menyatakan pandangan serta saranan mereka supaya orang-orang Melayu dan Islam segera bersatu demi kebaikan bersama.

Selama ini kita sering kali melihat bagaimana pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mencari ruang dan peluang untuk mencemarkan kesucian agama Islam dengan pelbagai helah yang dicipta kini perkara yang hampir sama kembali berulang.

Jika sebelum ini isu tuntutan kalimah Allah , larangan laungan azan , penggunaan ayat-ayat Al-Quran oleh bukan Islam dalam pentas politik , penghinaan terhadap nabi dan agama Islam melalui media sosial , penentangan terhadap cadagan pelaksanaan undang-undang hudud dan yang seangkatan dengannya telah pun berlaku  , insiden pertukaran Menteri Besar Selangor turut mengheret orang-orang Melayu dan Islam terjebak dalam kancah politik songsang yang kini menjadi makanan pihak pembangkang.

Disebabkan itu usaha untuk penyatuan UMNO dan PAS disokong oleh sebahagian besar orang Melayu dan dituntut didalam agama.Angkatan Generasi Muda (AGENDA) sebuah pertubuhan NGO mahu kerjasama antara UMNO dan PAS direalisasikan.

Presidennya Mohamad Zaidan Abdul Rahim mahu pemimpin kedua-dua parti duduk semeja demi kepentingan serta kedudukan orang Melayu dan juga kepentingan agama Islam yang semakin dicabar oleh kafir didalam negara.

Memetik kenyataannya daripada utusanonline , Mohamad Zaidan berkata "Perkembangan politik yang berlaku di Selangor, dengan isu Sultan Selangor murka terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan pertukaran Menteri Besarnya membuatkan kedudukan orang Melayu serta Islam lemah sekali gus membuka ruang kepada orang lain untuk mengambil kesempatan.

"Kalau ada usaha dalam kalangan pemimpin Pas atau UMNO seperti mana teori Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki tentang penggabungan kerajaan campuran Pas dan UMNO di Selangor, kami amat bersetuju dan menyokong penuh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu AGENDA juga menyarankan agar UMNO dan PAS mengambil semangat Ramadhan serta Syawal untuk bersatu menangani isu-isu keutamaan agama , bangsa dan negara yang berbangkit.

"Kita lihat isu yang melibatkan agama, NGO yang ke hadapan, mana parti politik, contoh kalimah Allah, kita nampak Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang ke depan, mana UMNO dan Pas?

"Apa salahnya demi semangat Ramadan dan Syawal semua pihak berlapang dada bersatu, bukan dalam bentuk parti tetapi dalam bentuk mendepani isu-isu yang berbangkit.

"Bila kita tidak bersatu, lihat apa sudah jadi, ramai yang mengambil kesempatan mempertikaikan Perlembagaan, agama Islam dan kedaulatan raja-raja," katanya.

Satu saranan yang seharusnya dipertimbangkan oleh kedua-dua parti terbesar orang Melayu ini demi kelangsungan survivor orang-orang Melayu dan agama Islam.

Soalnya kini sejauh mana parti politik yang terlibat bersedia untuk bersama dalam satu saf perjuangan di saat pihak-pihak lain bersatu dalam diam.sumber 

Psst sentiasa mengharapkan yang terbaik !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels