Followers

Tuesday 19 August 2014

PPS Belasah Warga Marhaen , Mana KEBEBASAN Yang Mereka Sering CANANGKAN ??


Pantang ada apa sahaja yang tidak memenuhi selera puak-puak pembangkang pasti perkataan kebebasan bersuara akan menjadi modal untuk menghukum kerajaan.Kadang-kadang terfikir apakah benar kebebasan bersuara benar-benar dihalang di Malaysia seperti mana yang diperkatakan oleh puak pembangkang ?

Setakat ini apa yang MMI perhatikan adalah setiap masa puak-puak pembangkang di Malaysia diberikan kebebasan yang cukup hebat sampaikan mereka mampu mengadakan siri ceramah hampir setiap hari di seluruh negara.

Adakah siri-siri ceramah itu disekat ? Rasanya tidak dan kerana itulah berlakunya kejadian Mat Sabu mengangkat puak komunis sebagai lebih agung daripada anggota polis dan keluarga yang berjuang menentang gerakan komunis satu ketika dulu.

Malahan dalam siri-siri ceramah ini jugalah berlakunya kejadian pimpinan DAP seperti mana Rayer si celaka yang ikut sedap mulut mencelakan pemimpin UMNO dan orang-orang Melayu.

Tak cukup dengan itu pemimpin dari kalangan PKR , penyokong dan sekutunya sering kali mencetuskan ketegangan antara kaum apabila mereka dengan bersahaja mencemuh kepimpinan negara termasuk institusi Raja-Raja Melayu.

Lebih memudaratkan lagi apabila isu melibatkan institusi Islam diperkotak-katikkan oleh mereka yang kebanyakkannya bukan dari kalangan orang Islam.MMI tak pernah lupa insiden menghalang laungan azan , menggunakan mimbar masjid sebagai tempat untuk berpolitik , mempertikaikan hak orang Melayu , menghina Yang di Pertuan Agong dan banyak lagi kalau nak disebut disini.

Walaupun ada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tetapi selalunya ia lambat dan ini menyebabkan rakyat diperingkat akar umbi kadang-kalanya hilang sabar namun kita bernasib baik kerana kebanyakkan rakyat Malaysia punya sikap toleransi yang kuat dengan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak.

Inilah budaya kita sebenarnya , walaupun ditujah dan dihina kita masih waras mendepani keadaan tersebut.MMI tahu ramai diluar sana resah dan marah kerana tindakan selalunya lambat tetapi sekurang-kurangnya kita masih punya integriti mendepani situasi semacam ini.

Jangan risau apa yang berlaku di Pulau Pinang semalam adalah satu contoh yang membuktikan betapa puak pembangkang sama ada pimpinannya mahupun penyokongnya begitu mengambil berat tentang hal kebebasan bersuara.

Dan kerana itulah maka berlakunya insiden anggota PPS (Pasukan Peronda Sukarela) Pulau Pinang telah bertindak menyerang seorang lelaki kaum cina sehingga menyebabkan kecederaan yang serius terhadap mangsa.


Niat murni seorang aktivis sosial mengkritik dasar dan pelan tindakan kerajaan negeri yang dilihat tidak menyebelahi rakyat memakan diri selepas dia diserang sekumpulan lelaki yang dipercayai merupakan anggota Skuad Peronda Sukarela (PPS) dalam satu kejadian di Bandar Baru Air Itam di sini malam tadi.
Aktivis berkenaan, Ong Eu Soon, 51, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, dia yang menghadiri majlis makan malam tokong Cina tiba-tiba didatangi sekumpulan kira-kira 10 lelaki yang sebahagiannya memakai pakaian seragam PPS.
"Kumpulan berkenaan bertanya siapa Ong Eu Soon kepada saya dan lantas saya bertanya mengapa mencari lelaki berkenaan.
"Dalam cuba mendapatkan kepastian itu, tiba-tiba ada seorang daripada mereka terus menyerang saya dari belakang. Mereka memukul sehingga menyebabkan saya mengalami kecederaan di bahagian kiri muka berhampiran mata," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Persoalannya kenapa sampai ke tahap itu ? Bukankah selama ini kebebasan bersuara menjadi antara bahan yang dimomokkan kepada rakyat ? Jika benar puak pembangkang meletakkan keutamaan kepada kebebasan bersuara kenapa perlu Ong Eu Soon dibelasah sedemikian rupa ?

Kerana beliau lantang mengkritik dasar dan pelan tindakan kerajaan negeri DAP !!!

So terbukti bukan sahaja menyekat kebebasan bersuara malah tindakan ini merupakan satu ugutan selain daripada menghalalkan tindakan ala samseng dalam PPS atau mungkin lebih senang kita labelkan sebagai askar upahan DAP !!!!

Kepada rakyat Pulau Pinang hati-hati PPS adalah samseng politik DAP yang rasanya sama taraf dengan puak rejim zionis di Israel , mungkin hari ini belasah kaum sendiri lepas ni siapa tahu ?? boleh jadi bro !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels