Followers

Thursday 14 August 2014

Ops Video Mat Sabu Pula Di Dedahkan ?!!


Aduihh video apa pula ni ?? Macam-macam hal sekarang ni baru-baru ni ada tersebar cerita tentang seorang video aksi akrobatik seorang ahli parlimen pembangkang tersebar di ruang maya tapi MMI sendiri pun kurang pastilah sejauh mana kebenarannya.

Cuma bab video Mat Sabu ni MMI berani kata betul sebab dah pun didedahkan !!

Haa tapi ampa jangan pikir yang bukan-bukan sangat cukup dulu setakat aksi stopa , cerita dia pasai kes hina anggota polis yang pertahankan Bukit Kepong !

Kes penghinaan terhadap anggota Polis Bukit Kepong dan keluarga mereka telah mengheret Mat Sabu ke muka pengadilan dan beliau kini sedang berdepan dengan sebutan kesnya di mahkamah seksyen Pulau Pinang.

Untuk rekod Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, 59, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Feb 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu tayangan video ceramah yang mengandungi penghinaan Mat Sabu terhadap anggota Polis serta keluarga mereka di Bukit Kepong terpaksa digunakan semula di Mahkamah Seksyen Pulau Pinang berikutan tindakan Mat Sabu yang tidak mengaku salah.

Dalam ceramah itu , Mat Sabu antara lain menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah wira sebenar dan bukannya 25 anggota Polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Kenyataan Mat Sabu dalam ceramahnya sebelum ini telah menimbulkan kemarahan masyarakat khususnya mereka-mereka yang punya kaitan dengan peristiwa tersebut.

Malahan laporan Polis juga turut dibuat diseluruh negara supaya tindakan segera diambil terhadap ahli politik ini yang disifatkan masyarakat sebagai biadap kerana menghina anggota Polis.

Tindakannya yang lebih menyokong pihak komunis seolah-olah mencabar orang-orang Melayu memandangkan komunis telah melakukan banyak kerosakan terhadap negara selain daripada kekejaman dengan membunuh rakyat serta anggota Polis yang berusaha untuk membebaskan negara daripada cengkaman keganasan.sumber 

MMI memang tak suka dia ni .. Dok tunggu juga bila dia nak bertanding di kawasan sendiri !!! huhu..

MMI

1 comment:

  1. Buat pendakwaraya, sumber yang menjadi rujukan Mat sabu dan pencacai dia adalah buku 'Pengukir Nama Johor' dari Yayasan Warisan Johor. Dan dari buku juga terdapat artikel yang menyatakan Mat Indera adalah pengkhianat dan komunis Melayu. Jadi cara untuk menumpaskan Mat sabu sebenarnya terdapat dalam buku sumber rujukan Mat Sabu tu juga.

    ReplyDelete

Labels