Followers

Saturday 2 August 2014

PAS Pun MUNAFIK Ada BARUA Dalam PARTI !! Apa Kaitan Dengan Mat Sabu ??


Apa yang disebut sebagai perbincangan SULIT dalam group whatsapp AJK PAS PUSAT sememangnya benar dan ianya disahkan oleh para pimpinan PAS sendiri melalui kenyataan-kenyataan yang dibuat.Sejak dari itu pelbagai versi muncul mencanak di ruang-ruang media sosial berdasarkan kategori masing-masing.

Apa yang boleh MMI katakan sememangnya ada BARUA dalam AJK PAS PUSAT sendiri !

Itu kenyataan jangan sesiapa pun nafikannya , malah BARUA itu kini sedang dikesan dan pada pandangan MMI puak-puak PAS dah pun tahu siapa dalang terbabit.

Mustahillah puak-puak tu tak dapat kesan , jadi ianya bererti dalam kepimpinan tertinggi PAS pun sudah ada mereka yang bersifat munafik jauh menyonsang daripada apa yang selama ini dilaung-laungkan.

Bayangkan kalau diperingkat tertinggi pun ada mereka yang begini wataknya apatah lagi yang berada di peringkat akar umbi !

Huh ampa jangan dok marah MMI sebab apa yang berlaku ni puak ampa sendiri yang buat.

Takkan nak salah UMNO juga kot ???? 

Berikutan insiden tersebut PAS bukan sahaja DIBOGELKAN tetapi turut menjadi mangsa politik tahap pencacai apabila DAP secara terang-terangan mahu supaya Dr Zuhdi Marzuki dikenakan tindakan disiplin.

Hahahahahahaha apa kena mengena DAP dalam parti PAS ???

MMI cabar PAS kalau dah ampa setia sangat dalam Pakatan Haprak tu ikutlah nasihat puak HARBI tu , segera bertindak kenakan tindakan disiplin terhadap Dr Zuhdi.

Kenapa tidak ? Kesetiaan itu perlukan pengorbanankan ????

Mungkin kerana tak tahan dengan sikap puak HARBI tu dan perangai sebahagian daripada puak PAS sendiri yang lebih sayangkan PR daripada PAS , Nasruddin Hassan jaguh kampung kini melenting !!

Dalam kenyataannya yang dari awal-awal lagi dilabel sebagai kenyataan peribadi (Hahahahahahaha) beliau berkata ...
"Alang – alang berbuat dosa, kenapa tidak individu ini mendedahkan keseluruhan conversation group AJK PAS Pusat tersebut. Saya percaya, jika didedahkan keseluruhannya atau perbahasan secara penuh, persepsi buruk dan sangkaan yang bukan – bukan tidak akan berlaku kepada Dr Zuhdi. Justeru itu saya cabar individu yang telah membocorkan maklumat perbincangan dalaman Group AJK PAS Pusat itu tampil mendedahkan keseluruhan isi kandungan perbahasan mengenai isu ini.
Kita lihat bagaimana wajah perbahasan dan apa sebenarnya yang berlaku. Jangan minta saya mendedahkannya kerana nakal – nakal saya pun, tidaklah sebusuk perut dan sebenak aqal individu yang menyalin keluar perca conversation group AJK PAS Pusat tersebut."
Dari pengamatan MMI kenyataan Nasruddin itu membuktikkan BARUA yang melakukan onar terhadap rakan dan sahabat sendiri rasanya sudah dikenali cuma dalam bab politik ni tindakan Nasruddin boleh diterima , biar si BARUA itu mengaku sendiri.

Soalnya mahukah BARUA itu mengaku ?

Hmm ada juga MMI dengar cakap-cakap puak-puak PAS (bukan dari group whatsapp aaa) yang terlibat membocorkan perbincangan SULIT tu pemimpin yang punya kedudukan tinggi dalam parti.

Huh siapa bro ?? Mat Sabu kerr ?? Secara terus-terang MMI sendiri pun tak pasti siapa , kita tunggu tengok BARUA tu mau dak makan umpan Nasruddin ??

MMI

1 comment:

  1. Mat sabu dan mahfuz kini mendiamkan diri kenapa yer? ?? Apakah mereka ini yg menjadi barua dan celaka kepada PAS? Husam dah jelas org anuaq apabila mahu dr zuhdi diambil tindakan. Yg lain khalid gereja,salehudin dan dr zulkifli masih membisu, faham fahan ajelah

    ReplyDelete

Labels