Followers

Monday 25 August 2014

Pasukan Peronda Sukarela Ka KOMUNIS ??


Sebelum ini diwar-warkan kononnya penubuhan PPS atau Pasukan Peronda Sukarela di Pulau Pinang ini adalah bertujuan untuk membantu pihak Polis mengawal kegiatan jenayah serta yang seangkatan dengannya.Maka dicananglah ke seluruh negara dan serata pelusuk negeri bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah DAP begitu mengambil berat perihal keselamatan rakyatnya.

Lim Guan Eng tersenyum apabila dilambung-lambung oleh para pembodek dan kaki ampu yang berada disekelilingnya.

MMI pun tak kisah sangat penubuhan skuad macam ni , selagi mana ianya bertujuan untuk membantu masyarakat dan pihak Polis menangani jenayah teruskanlah.Untungnya rakyat juga tapi sejak kebelakangan ini PPS dah tak macam PPS !! 

Cerita anggota PPS berlagak macam Polis dan bersikap biadap selalu sangat dengar tapi MMI malas nak tulis sebabnya hal-hal kecik ni biasalah , semua orang buat silap.

Namun kini lain pula halnya !!

Ekoran daripada sikap kurang cerdik puak-puak baju purple ni seorang lelaki cina kena belasah ala-ala mafia macam tu.Ampa baca kat SINI 

Bermula dari saat itulah maka satu demi satu isu tentang PPS ini di bongkarkan !! Apa cer ???

Sebelum tu MMI nak berterima kasih kepada pemimpin dari parti PCM ni sebab kerja buat dia memang gila dan kerana gila dia tu maka Guan Eng pun tak senang duduk.

Dalam satu sidang media hari ini, Huan dalam kenyataannya mempersoalkan mengapa PPS berani bertindak sedemikian walhal unit itu bukanlah satu unit yang mempunyai kuasa untuk bertindak dan juga menahan orang sepertiman yang dilakukan oleh pihak Polis memandangkan unit itu bukannya berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Negeri P.Pinang.

"Saya telah melakukan pengesahan dengan ROS P.Pinang tentang PPS ini dan amat mendukacitakan sekali bahawa unit itu sebenarnya tidak pernah didaftarkan dan ianya dilihat sebagai pertubuhan haram dan sudah semestinya ianya salah dari segi undang-undang" ujar beliau kepada media hari ini.

Huan turut mendedahkan bahawa PPS kini mula besar kepala apabila mereka dilihat seolah-olah kebal undang-undang apabila ketika melakukan rondaan, mereka berani membawa senjata merbahaya seperti kayu besbol,rotan dan juga alatan memukul yang lain sehingga menimbulkan persoalan adakah ianya mendapat kelulusan dari pihak Polis. 

"Mereka membawa senjata merbahaya seolah-olah mereka berkuasa di sini. Perkara ini akan saya panjangkan kepada pihak berkuasa dan tindakan lanjut akan diambil memandangkan beberapa bukti kini sudah siap dikumpulkan dan selanjutnya akan diambil dalam masa terdekat ini." ujarnya lagi.Baca selanjutnya di SINI 

Inilah bahayanya apabila setiap tindakan itu punya niat lain dan semestinya penubuhan PPS ini kini mengundang rasa tidak selesa kepada kebanyakkan pihak di Pulau Pinang.

Dah semacam zaman darurat pula dah !! Masa zaman darurat dulu orang ramai takut untuk bergerak bebas kerana khuatir di serang puak-puak komunis dan sekarang di Pulau Pinang pun dah rasa perkara yang sama.

Boleh percaya ka puak-puak PPS yang siap bawa senjata ni ??? Dah lah tak mengikut saluran yang betul !!!

Bagi MMI ini adalah gerakan yang cukup berbahaya dan pihak berwajib harus melakukan sesuatu !

Bukan apa kita kata PPS tapi sebaliknya KOMUNIS !!!

Jaga bro !!

MMI

1 comment:

  1. Apa kata rakan penang cuba provoke salah seorang dari depa. Tgk apa tindakan depa. Samada membantu atau mengamok... Kalau mengamok.. Besttt..

    ReplyDelete

Labels