Followers

Tuesday 12 August 2014

Selangor Di Bawah PAS ! Apakah Khalid & PAS Mampu ??


Pada ketika usaha-usaha berterusan oleh kem Anwar Ibrahim untuk segera melihat Khalid meninggalkan kerusi Menteri Besarnya , banyak pihak melihat situasi politik di Selangor akan terus mengundang kontroversi paling menarik sejak pilihanraya umum ke-13 yang lalu.

Anwar yang diketahui antara perancang utama tercetusnya kontroversi ini diibaratkan sebagai bertemu ruasnya.Khalid yang diduganya akan tunduk dengan desakan daripada orang-orang hebat dalam PKR bukan sahaja bertindak sebaliknya tetapi turut memalukan Anwar apabila masih mengekalkan jawatannya dengan perkenan daripada DYMM Sultan Selangor.

Malah krisis ini jika tidak ditangani dengan baik oleh Anwar , bukan sahaja mampu menyebabkan PKR dan DAP terkulai hasil daripada permainan politik sesama sendiri tetapi akan menyebabkan Pakatan Rakyat hilang kedudukan di bumi Selangor.

Walaupun Anwar mengaku Pakatan Rakyat masih mengungguli kedudukan kerusi Dun , beliau sebenarnya sedang cemas memandangkan Khalid sendiri telah menyatakan kepada DYMM Sultan Selangor bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dun sehinggakan PKR mencabar Khalid supaya membuktikan dakwaannya.

Sidang Media yang diadakan oleh Khalid semalam menjelaskan segala-galanya setelah beliau dipecat dari PKR akibat tidak menurut desakan Anwar supaya meletakkan jawatan.

Menteri Besar Selangor , Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pada itu turut menyatakan kesediaannya untuk menyertai parti PAS sekaligus memberikan jawapan kepada PKR bahawa Khalid juga bersedia untuk mengubah negeri Selangor daripada milik Pakatan Rakyat menjadi negeri yang diterajui oleh parti PAS.

Satu perubahan yang amat dibimbangi oleh sekutu Pakatan Rakyat lainnya kerana bila-bila masa sahaja barisan exco daripada PKR dan DAP boleh dipecat hasil daripada rombakan pentadbiran kerajaan negeri Selangor dibawah Khalid sebagai ahli PAS.

Sebelum ini Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS , Datuk Ahmad Yaakob membuat kenyataan bahawa PAS bersedia untuk menerima Khalid menyertai parti tersebut.Jika ini berlaku secara tidak langsung Selangor bakal menjadi negeri kedua yang ditadbir oleh PAS selepas Kelantan.

Namun Anwar boleh menarik nafas lega buat seketika memandangkan Khalid dalam kenyataannya terlebih dahulu mahu menyelesaikan tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dan menjawab semua fitnah yang ditimbulkan oleh pemimpin PKR dan DAP setelah beliau menolak desakan untuk meletakkan jawatan.

Terdapat juga ura-ura yang mengatakan tindakan guaman juga bakal menyusul kerana Khalid tidak akan lagi berdiam diri memandangkan tindakan penuh jijik yang dilakukan oleh mereka yang mengaku sahabatnya sebelum ini benar-benar menjatuhkan imejnya sebagai seorang Menteri Besar Selangor.

Seperkara yang lebih menarik adalah keadaan dan pendirian parti PAS selepas ini.

Dengan sokongan jitu terhadap Khalid sebagai Menteri Besar adakah PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat atau mengambil keputusan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat ?

Keadaan lebih mendebarkan apabila Anwar semalam dilaporkan bergegas ke Terengganu untuk berjumpa dengan Hadi Awang !

Apakah Khalid dan PAS mampu melakukan sesuatu ? sumber 

MMI

1 comment:

  1. ada beberapa perkara yg tidak bersetuju.. jika semua adun pas jd exco sapa yg nak jd cek n balance kerajaan negeri n usaha perpaduan melayu tdk terlaksana.. jika perpaduan melayu tdk berjaya d peringkat kebangsaan apa salahnya di cuba d peringkat negeri dahulu.. dgn itu ia blh di jadikan model utk peringkat nasional..
    umno mungkin berakhlak tidak mengenakan sbrg syarat tetapi akhlak tski utk melibatkan mrk dlm kerajaan negeri adalah lebih baik utk perpaduan yg telah di tunjukan jln oleh Allah. satu perkara yg tski kena ingat jika semua adun pas menjadi exco ia adalah kedudukan yg bahaya buatnya krn dlm pas juga terdpt golongan anwarinas.
    mayb darah pas yg ada pd zul nordin telah menggelapkan matanya membuat pertimbangan yg adil.. kena ingat di selangor pas bkn menang 2/3 majoriti dan jika salam yg d hulurkan oleh umno tdk di uruskan dgn bijaksana episod ini takkan berakhir disini shj..akan ada episod lain yg akan berlaku. nasihat sy lupakanlah ketamakan kuasa yg dunia yg sementara pikirkan kebaikan ummat islam.. jika ini pun tak dpt dilakukan d msia lupakanlah hasrat utk membantu umat islam d palestin..

    ReplyDelete

Labels