Followers

Saturday 16 August 2014

Semuaya Kerana Manusia Bernama ANWAR IBRAHIM !!! Dr Chandra Muzaffar


Krisis Menteri Besar yang melanda Selangor ketika ini adalah berpunca daripada cita-cita seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim.

Itu pandangan Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar yang berkata cita-cita Ketua Umum Pakatan Rakyat itu untuk menakluki Putrajaya telah membawa kepada rentetan masalah di Selangor.

"Lelaki ini adalah masalahnya. Bagaimana isu ini timbul? Bukan kerana Tan Sri Khalid. Ini kerana seseorang yang ingin menakluki Putrajaya tetapi gagal berbuat demikian pada pilihan raya umum pada Mei 2013. Selepas gagal, Anwar berfikir, bagaimana hendak mendapatkan Selangor?

"Saya hendak menjadi Menteri Besar, saya hendak tunjuk apa yang saya boleh buat. Saya harus menolak keluar kawan saya, Khalid. Khalid telah memberi bantuan kewangan kepada keluarga Anwar dan partinya semasa Anwar berada di dalam penjara. Tetapi Anwar membuat keputusan bahawa dia mahukan jawatan itu.

"Ini adalah sebahagian daripada sandiwara Anwar dan (penyebab) krisis Menteri Besar berlaku," Chandra memberitahu Astro AWANI di dalam satu temubual.

Chandra yang merupakan salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 1999, berkata beliau amat sedih dengan situasi semasa yang sedang berlaku.

"Ahli DAP dan PKR yang berpelajaran tinggi dan merupakan ahli politik yang berpengalaman menyokong Anwar kerana inginkan kuasa," katanya.

Chandra menerangkan bahawa Khalid adalah calon Menteri Besar yang lebih baik berbanding calon pilihan PKR dan DAP, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata Khalid bukan sahaja telah mengukuhkan asas kewangan negeri Selangor, tetapi  berbanding semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di negara ini sejak 57 tahun lepas, beliau ialah satu-satunya Menteri Besar yang tidak memberikan projek dan kontrak kepada kroninya sendiri.

"Ini adalah satu perkara yang baik kerana ia telah menjadi penyakit. Sesetengah orang  menjadi ahli politik untuk mendapatkan kontrak dan projek, bukan kerana untuk berkhidmat kepada rakyat. Khalid menghentikan amalan itu.

"Tetapi Anwar mahu isterinya menjadi Menteri Besar kerana dia mahu seseorang yang dia boleh kawal. Wan Azizah telah berkata secara terbuka bahawa dia sanggup menjadi boneka Anwar. Saya tidak dapat melihat bagaimana dia (Wan Azizah) boleh berfungsi sebagai Menteri Besar, sebagai boneka.

"Beliau ialah seorang pemimpin yang tidak sesuai. Dia tidak mempunyai kualiti kepimpinan. Adalah amat memalukan apabila Anwar mendesak Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar.

"Dari segi kecekapan, sifat yang sangat penting bagi seorang pemimpin, Khalid jauh lebih cekap daripada Wan Azizah. Bolehkah anda menamakan satu ucapan cemerlang yang Wan Azizah buat di Parlimen? Bolehkah anda namakan saya satu perkhidmatan yang luar biasa yang telah dilakukannya sebagai MP. Ia hanya sederhana, " ulas Chandra.astroawani

MMI

2 comments:

  1. Selepas PRU 2008.bila Anwar merencana utk menawan Putrajaya pada 16 Sept.saya memberi tahu seseorang yg rapat dgn Anwar agar,agar Anwar dan PR memberi fukus kepada membangunkan Selangor sahaja,jangan gelojoh.Saya katakan Selangor lebih besar dari Singpore,jadi kalau di urus dengan baik ,ianya boleh menyaingi Spore pun .Tapi apa yg saya katakan tidak di endahkan,walau pun saya percaya ianya sampai ketelinga Anwar,keran biasanya begitu.

    ReplyDelete
  2. ini adalah kata2 dr mulut org yg pernah duduk semeja dgn keluarga anwar ramai org yg sanggup bermati2an demi anwar skrg ini adalah org yg yg pernah bertemu muka dgnnya pun...

    ReplyDelete

Labels