Followers

Wednesday 20 August 2014

Teguran Tun Mahathir MUBARAK Tampil Nyatakan Pendirian !!


Masih berkisar kepada isu teguran Tun Mahathir terhadap Najib , setelah pelbagai pihak tampil memberikan reaksi masing-masing termasuklah MMI dalam artikel sebelum ini Baca Sini , MUBARAK atau Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia tampil menyatakan pendirian mereka berhubung isu tersebut.

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) hari ini meminta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan ‘perang dingin’ secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata Dr Mahathir boleh menyuarakan sebarang teguran secara kekeluargaan kepada Najib dan bukannya mengkiritik dengan cara terbuka.

“Mubarak amat kesal dengan kritikan terbuka yang diluahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Implikasi keterbukaan ini akan merosakkan perjuangan yang Tun (Dr Mahathir) sendiri akui masih belum selesai lebih-lebih lagi ia kini telah pun mengelirukan anggota-anggota parti dan rakyat keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.Baca Selanjutnya 

Pastinya akan ada pihak-pihak di luar sana yang tidak senang dengan pendirian Mubarak namun dalam suasana politik pada ketika ini kewajaran menghentikan teguran secara terbuka itu seharusnya diambil kira apatah lagi ianya dilakukan oleh seseorang yang punya nama besar.

MMI punya alasan secara peribadi tetapi tetap menerima secara terbuka tiap pandangan dari pihak-pihak yang meninggalkan pandangan masing-masing di ruangan komen dalam artikel sebelum ini.Terima kasih diucapkan.

Semestinya tentang UMNO dan sudah pasti UMNO tidak mampu mengulangi kesilapan seperti mana yang telah berlaku sebelum ini kerana kesannya akan terarah kepada nasib orang-orang Melayu.

Baca artikel yang MMI maksudkan di sini Part 1 & Part 2 

MMI

7 comments:

  1. Kami rakyat bawahan tunggu tgk apa akan berlaku selepas teguran Tun M
    Teguran yg cukup tepat.. bnyk berkaitan perkembangan semasa. YG AMAT MEMBINGBANGKAN !!

    Nah !!. Jawapan kpd segala kebimbangan kami sudah ada jawapannya..

    Punca ? Datuk Seri Najib dekelilingi oleh manusia kurang cerdik..
    manusia YesBoss, U Are Rite Boss..
    Manusia yg leka dgn pujian (walaupun x ada hasil - MH370)
    manusia yg akan berkokok bila tiba masa utk rmi org berhimpun utk beri pujian

    DS Najib... saya simpati dgn nasib DS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju saudara...
      Dah sgt2 bosan dgn setengah-tengah perkara yg dibawa dan dibuat oleh PM kita. Ramai disekeliling PM tu pengampu. Cukuplah blunders yg dah berlaku. Mendengar dan mempertimbangkan utk kebaikkan apa salahnya. Jgn terlalu sombong dan rasa bijak dah. Sy juga perhatikan yg PM ni tutup telinga je bila ditegur. Dia tak dpt gambaran sebenar dari bawah ( rakyat jelata ). Jgn bila dah sedar segalanya dah basi bkn bubur lg. Sy pun dah meluat dgn lagak PM yg tak sedar2 apa yg berlaku diakar umbi.

      Delete
  2. Kalau umno terkubur, nasib orang melayu tak terbela ke? sejak PMNajib memerintah, ada ke dia hiraukan rintihan orang2 melayu? memansuhkan ISA dan kini akta hasutan, dia dengar ke apa kata orang melayu?... asyik2 dok patuh dan dengar kata musuh a.k.a pkr dan dap...
    Saya rasa nasi hampir dah menjadi bubur.... banyak dah penyokong kerajaan yang teramat kecewa dengan UBN termasuk saya. Sekurang2nya teguran TDM sebagai nak memastikan adakah PM kita betul2 tak hiraukan teguran penyokongnya... jika tiada apa2 perubahan dari teguran TDM, maka sahlah orang2 melayu kena ujudkan parti baru menggantikan umno..... saya sudah tawar hati..

    ReplyDelete
  3. Mubarak majid ni purak2 tak tahu ke tun dah tegur najib secara personal bertahun2 lamanya tapi najib buat pekak aje dan berdegil dengan polisi yg dicadangkan oleh konsetan2nya

    ReplyDelete
  4. salam

    mubarak ni guna konsultan juga ke dengar psal apa yang tun cakap..mesti bukan baca sendiri...kalau baca sendiri tak keluar kenyataan kononnya tegur secara keluarga...keluargalah sangat...

    inilah padahnya tak membaca sendiri..tun dah sebut dia dah tegur secara lansung @ berdepan...yang ni terlepas pandang ke mubarak oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

    tun ni bukan gile sangt...dia sayang gile kat najib...masa kawan2 push tun tuk tolak najib dia cakap NO!...

    tapi bila najib tak dengar nasihat dia secara berdepan,terpaksa dia tegur dalam blog...tiba2 ada orang tak membaca tegur tun supaya tegur dalm keadaan berdepan...sahih tak membaca...

    padanlah kena main dengan tun...tak abis...

    gie7

    ReplyDelete
  5. Tak salah menegur tapi ada caranya...bagi TDM mungkin beliau mempunyai caranya tersendiri bukan mudah melihat apa yang telah beliau bina bersama rakan2 pada masa lepas di abaikan begitu sahaja...harapan kami generasi muda melayu islam yang masih begitu tinggi untuk DSNR supaya lihatlah apa yang disuarakan oleh masyarakat melayu islam dan teguran TDM supaya melayu tidak di abaikan di negara sendiri...

    ReplyDelete
  6. Orang Pahang dapat tidak kena sokong orang Pahang. Bukan kah begitu? Apa yg trsirat, Tun M mahukan Najib undur bagi laluan pada Timbalannya pula. Sampai bila nak bagi 2nd chance dgn keadaan umno begitu meruncing.

    ReplyDelete

Labels