Followers

Friday 19 September 2014

BN Bunuh Orang Selatan Thai ?? HEBATNYA PAS Di #PengkalanKubor


Apabila mendengar ucapan daripada Ketua Penerangan PAS Kelantan ini maka dapatlah MMI simpulkan bahawa Datuk Mohd Nasaruddin BERDOSA dengan jawatan yang disandangnya.Ertinya beliau selaku pihak yang dipertanggungjawabkan oleh parti untuk menjadi jurucakap seharusnya menunjukkan ketokohan dan kemampuan yang jauh lebih baik daripada penceramah tabung yang sering melata ke pelusuk tanahair membuat fitnah dan mencari makan.

Sebagai Ketua Penerangan ternyata kenyataan beliau langsung tidak disusuli dengan kajian yang menyeluruh sedangkan hakikatnya kerajaan Malaysia @ Barisan Nasional sentiasa prihatin terhadap apa yang berlaku di Selatan Thailand.


Malahan kerajaan Thailand sendiri pun mahu mencontohi model yang diguna pakai kerajaan Malaysia dalam isu perdamaian selatan Filipina untuk digunakan sebagai contoh dalam menyelesaikan isu di selatan Thai. Klik SINI

Justeru itu apakah WAJAR tuduhan sedemikian dibuat oleh PAS ? 

Bagi MMI ianya tidak lebih daripada satu hasutan terhadap rakyat supaya membenci kerajaan Malaysia dan Barisan Nasional.Malah ianya berlaku dalam siri kempen PRK Pengkalan Kubor dan sudah semestinya punya niat tersirat.



“Lebih malang tuan-tuan, gas di perairan Kelantan patut didaratkan di Pantai Senok, kita dah sedia dah tempat, kita reserve untuk pendaratan gas di Pantai Senok, dia (Kerajaan Malaysia) buat perjanjian dengan Thailand, dia bawak pergi ke Pantai Cenok di Songkhla. Cenok ini tempat orang Melayu jugak, tempat orang Islam jugak.
Bawa naik ke Cenok, bayar royalti kepada Kerajaan Siam, Kerajaan Thailand yang membunuh orang Islam di Takbai, sebelah situ. Ini zalim, kita tidak boleh sokong kezaliman...” 
Yang pasti itu FITNAH dan jelas merupakan cubaan menghasut rakyat untuk mendatangkan kebencian terhadap kerajaan.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels