Followers

Monday 15 September 2014

BN Terus Maju PAS Makin Layu PRK #PengkalanKubor


Kempen di PRK Pengkalan Kubor semakin rancak apabila rata-rata tempat ceramah anjuran Barisan Nasional mendapat sambutan.Gambar atas menunjukkan satu ceramah umum di Kampung Teluk Jering yang diadakan semalam dihadiri oleh ramai penduduk sekitar bagi mendapatkan maklumat selain daripada menyatakan sokongan mereka terhadap Barisan Nasional.

Ceramah yang disampaikan oleh Saudara Lokman Bin Adam itu dikuti dengan penuh kusyuk oleh mereka yang hadir dan semestinya sokongan sebegini memberikan semangat buat seluruh jentera Barisan Nasional untuk terus maju.

Situasi berbeza berlaku di kem pembangkang apabila siri ceramah PAS yang diadakan semalam tidak mendapat sambutan.Ceramah PAS di Kampung Telaga Bata semalam hambar walaupun dihadiri oleh Tuan Ibrahim Tuan Man dan Exco Datuk Nasuruddin Daud.


PAS yang terkenal dengan siri ceramah meganya kini berdepan situasi sukar apabila masih GAGAL menarik sokongan penduduk dan sudah semestinyalah kegagalan ini sedikit sebanyak disebabkan oleh insiden perbalahan sesama pemimpin dalam parti dan juga ketidaksefahaman dalam Pakatan Haprak seperti mana yang berlaku di bumi Selangor.

Dengan segala fitnah yang cuba disumbat kemulut pengundi di Pengkalan Kubor , PAS sebenarnya makin layu dan kelayuan ini pastinya menjadi petanda bahawa rakyat menolak politik caca marba.

MMI

1 comment:

  1. jangan menang sorak je yob...PR13 dulu mcm ni la....diberitakan ceramah PR tak dapat sambutan...tup2 keputusan menunjukkan pembangkang banyak menang...Penang solid...Selangor..BN karam..Terengganu 50/50...Kelantan ...ramai yg kata BN dapat balik...last2 pengundi luar bagi menang besar kepada pembangkang !!!!

    ReplyDelete

Labels