Followers

Saturday 20 September 2014

Cerita Kumpulan SORAK PAS !! #PengkalanKubor

 

Muktamar PAS bertambah menarik kali ini apabila ianya turut disertai oleh kumpulan sorak yang sentiasa bersedia untuk beraksi.Setakat ini kumpulan itu sudah beberapa kali beraksi !!

Aksi Pertama ;

Kumpulan ini bersorak pada ketika Mohd Sany Hamzan sedang berucap di muktamar PAS ke 60.Mereka ini bersorak dan memboo kepada perwakilan yang berucap setiap kali ianya isu-isu yang dihujahkan tidak selari dengan mereka.



Aksi Kedua ;


Seorang lagi pemimpin Anwarinas Liberal PAS disorak ketika persidangan Muktamar PAS ke-60, kali ini kerana mempersoalkan kewajaran mengemukakan nama calon dari parti berkenaan untuk jawatan menteri besar Selangor dan memberi amaran ditentang oleh DAP dan PKR jika terima jawatan MB Selangor. 

Pengerusi lajnah undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin di "BOO" oleh sekumpulan pemerhati ketika beliau menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, pagi ini.

"Adakah kita terfikir bahawa jika kita terima jawatan MB, kita tidak akan boleh lari daripada tohmahan bahawa PAS telah memungkiri janji. Sebab kita kata sudah berjanji. Kalau boleh jamin (tak ditohmah), tiada masalah, silakan ambil,

"Kedua, sekiranya kita ambil, adakah kita terfikir kerajaan itu kuat atau lemah. Kalau kita terima, rakan-rakan Pakatan tidak akan menyokong kita.

"Kerusi ini untuk PKR, kita tidak akan disokong oleh PR dan DAP. Bagaimana kita nak jadi MB yang kuat," katanya.

Kumpulan pemerhati parti Islam itu yang tidak bersetuju dengan ucapan berkenaan seterusnya mengebu Mohamed Hanipa. Ucapan beliau dilihat seperti sebagai wakil kepada Anwar dan PKR. 

"Kamu boleh 'boo' dan teriak sekuat-kuatnya," kata Hanipa kepada sebahagian pemerhati yang memaksa timbalan pengerusi tetap Hussein Ismail menenangkan keadaan.

"Ketiga, kerajaan ini (bawah PAS) akan tercabar apabila kepimpinan PAS akan menghadapi masalah dan memecah belahkan Pakatan Rakyat. Ini pandangan saya.

"Sekarang kamu jerit sekuat-kuatnya," katanya yang mengakhiri ucapannya.

Alo brader sejak bila aksi boo-memboo ini wujud di dalam PAS? Aksi ini bukanlah budaya PAS selama ini.


Jentera PAS di Pengkalan Kubor dalam kempen mereka mengajak rakyat supaya mengundi PAS demi MARUAH !! 

Maruah apa kalau di muktamar sendiri pun tak ada maruah !!!

Kerja siapa bro ?!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels