Followers

Sunday 21 September 2014

Hadi Awang Di TELANJANGKAN Selepas MUKTAMAR !! #PengkalanKubor


Hadi Awang tidak dibiarkan seselesa Mat Sabu apabila ucapan penggulungannya dalam muktamar PAS yang menyentuh tentang sikap 2 orang Ahli PAS berstatus ADUN yang menjadi BARUA parti mendapat reaksi segera mereka-mereka yang pastinya bukan dari kalangan pro ulama.

Antara ayat dalam ucapan Hadi yang MMI rasakan memedihkan telinga puak-puak penentang dalam PAS ... 

" Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf ? 

"Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.

Fuh PANAZZZ dan kerana itu Hadi tidak boleh dibiarkan !! 

Berikut adalah serangan balas terhadap Hadi oleh mereka yang mengaku pejuang PAS sejurus Hadi selesai memberikan ucapannya.

Ada banyak persoalan yang timbul dari ucapan penggulungan Presiden PAS.

1) Tak pelahap jawatan MB, tetapi nada yang begitu marah seolah-olah kecewa rancangan untuk "runtuhkan" kerajaan PR dan bekerjasama dengan 12 ADUN UMNO untuk kekalkan TSKI (ADUN Bebas) di Selangor gagal (?) Dan jika tak pelahap kenapa hantar juga nama ADUN PAS? 

2) Majlis Syura PAS menyokong TSKI sedangkan TSKI yang telah mengkhianati dan tidak mematuhi arahan partinya. Tidakkah Majlis Syura PAS "mengajar" ahli parti untuk mengkhianati dan tidak mematuhi arahan parti sendiri? Jangan salahkan ahli jika mereka mengkhianati parti kerana Majlis Syura yang mengajar begitu! 

3) Kes 2 orang ADUN dikatakan ada broker dan barua yang membeli mereka. Ada buktikan tuduhan berkenaan? Presiden nampaknya gemar untuk membuat tuduhan tanpa bukti seperti kes pil kuda dan komunis. Sementelah lagi, Lembaga disiplin pun belum bersidang untuk mendegar kesnya, mengapa Presiden telah "menghukum" lebih awal? 

4) Baiah - Wallahi, wabillahi wataalahi.... apa yang dibaiahkan? Kenapa tak habiskan isi-isi baiah untuk mempastikan kedua-dua ADUN tersebut telah melanggarnya?

5) Baiah dan SD - mana lebih uatama? Dua-dua itu adalah perjanjian (wa'adat). Cuma SD tak disebutkan nama "Allah". Ini kerana "baiah" terpakai untuk orang Islam sedangkan Statutory Declation adalah untuk semua, Islam dan bukan Islam, tetapi Allah Maha Tahu sekalipun tidak dimulakan dengan Wallahi Wabillahi Wataalahi, sebuah "perjanjian" itu tetap perjanjian dan pelanggarnya akan tetap terima hukuman. 

6) Parti rakan khianat dengan tahaluf siasi kerana mencuri ADUN PAS. Perbuatan memberi watikah untuk PAS bertanding di kawasan yang telah dipersetujui diberikan kepada parti rakan tidakkah juga khianat namanya? 

7) Pencalonan Wan Azizah dipertikaikan. Bukankah di dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat kali pertama, Presiden sendiri yang mengusulkan dua nama, pertama Wan Azizah dan kedua Azmin Ali?

8 ) "di sana ada hukum syarak, jangan hukum akal sahaja" - Hukum syarak juga adalah untuk orang berakal, bukan untuk orang gila. Dalil Al-Quran, bukan di sana terdapat ayat-ayat afala taqqilun (apakah kamu ntidak menggunakan akal)? afala tatafakkarun (apakah kamu tidak berfikir)? Dalil hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda: Maksudnya: “Tidak ada agama bagi orang yang tidak berakal.”

9) Jika hendak menggunakan hukum syarak untuk menuduh wanita tak boleh jadi pemimpin, mengapa tidak berterus terang? Kerana PAS sendiri ada pemimpin di alangan wanita seperti ahli parlimen, ADUN, exco dan sebagainya? 

10) Bagaimana Presiden boleh menggunakan kuasa veto dan mengkhinati mesyuwarah dengan AJK PAS yang telah membuat keputusan dua nama, Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai calon MB Selangor? Kita bukan sistem khalifah yang keputusan ditangan seorang pemimpin. PAS adalah sebuah parti yang ada muktamar dan muktamar telah memilikh AJK PAS PUsat. AJK PAS Pusat itu diberi mandat oleh ahli-ahli parti, bukan Presiden seorang. Bukankah jelas arahan Allah:

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarah sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya. Surah Asy-Syura 38.

Dan bukankah Rasulullah saw pernah bersabda : “ المستشار مؤتمن ” “Orang yang bermesyuarat pasti akan disentosakan”. Mengapa pakai kuasa veto? 

11) Bagaimana kisah pertemuan di Manchester? Bagaimana dengan menantu sendiri menjadi ahli Majlis Syura? Bagaimana dengan ahli Majlis Syura dan kroni-kroni Presiden yang mendapat saham dengan nilai ratusan ribu ringgit yang lansung tidak diketahu oleh ahli-ahli PAS biasa? 

12) Tukang sorak menyambut gembira ucapan penggulungan Tuan presiden, memberi lampu hijau kepada kumpulan yang sama bersorak dan mengejek perwakilan. Apakah Tuan presiden ingin menyemarakkan budaya ini di dalam parti? 

Tak perlu MMI nyatakan siapa mereka yang menyerang presiden PAS sebegitu rupa !! 

Mereka mengaku orang PAS dan dari PAS mereka datang , soalnya arah mana kiblat mereka ??

MMI

7 comments:

  1. Tu ayat-ayat dari blogger yang takkan approve komen yang tak sebulu dengannya....
    Greenboc-tuh

    ReplyDelete
  2. Tu tandanya hadi awang dah tahu dan nak bagitahu perwakilan bahawa ada musuh dalam PAS.macam mana pakatan boleh buat kajang move tanpa bagitahu presiden PAS?bukan kan ini tanda mereka tidak hormat dan memperkecilkan peranan dan kekuatan PAS.

    ReplyDelete
  3. ...Hj Hadi ke Nik Ajis ke... apa nak bising2 & komplen... dulu kawan kata kawan dengan syaitan & babi lebih baik bukan!!!... dah sebagaimana sendiri mendoakan...

    ..pun dalam pada tu bongkak tak kenal diuntung.... berasaskan islam konon...ceh!!! dah terang lagi bersuluh!

    ReplyDelete
  4. Marilah kita sesama Islam memanjatkan doa kepada Allah yang Maha Perkasa agar umat Islam di Malaysia ini tidak bertelingkah antara satu sama lain, malah bersatu dan hidup dalam suasana aman dan damai. Ameen.

    ReplyDelete
  5. MMI ni aku tak tau betul ke penyokong Umno. Senario sekarang orang nak cari ruang penyatuan Pas dan Umno. Tapi MMI tak habih2 mengutuk Pas. Kau nak Pas stay dlm pakatan haram tu ke bhai? Kau tau tak apa kerisauan kita orang Melayu di Selangor? Internet2 gak bro...tapi campur2 sikit la dengan politician barulah komen & maklumat kita akan sinc dengan objektif parti kita....
    Syukurlah akhirnya Hadi luahkan juga setelah kian lama bersabar dgn perangai dap dan pkr. Aku cuma berharap Pas yang tulen (bukan anwarinas) akan fikirkan rasional kalau bersatu dgn Umno. Klu tak bersatu pun, at least dapat bekerjasama pun jadilah di Selangor untuk dijadikan sebagai jalan pembuka langkah....tidak ada yang mustahil...Amin...
    Sorry MMI, klu aku yg mungkin tersalah tafsir dgn penulisan korang. Peace

    ReplyDelete
  6. Line clear masing2 boleh berhujah tak ada hal ..

    ReplyDelete
  7. Kalau ada sebarang keraguan; balik ke Al-Quran dan Sunnah Rasul. Ini saja pedoman kita. Yang lain tak usah ikut. Kalau Presiden ikhlas ikut Al-Quran dan Sunnah: IKUTLAH PRESIDEN dengan ikhlas. Alam mati kita, tanggung jawab kita. TQ. Dari Notice Board bilik mayat.

    ReplyDelete

Labels