Followers

Saturday 6 September 2014

Hadi Dah Meluat Dengan Karenah Anwar ?!!!


Apa yang berlaku di Selangor kini bolehlah diibaratkan sebagai musibah akibat tiada persefahaman diantara parti-parti politik dalam Pakatan Haprak.Selain dari itu untuk Pakatan Haprak menyamai Barisan Nasional rasanya jauh api dari panggang.

Anwar dilihat cuba mengambil inti yang telah diterapkan dalam Barisan Nasional dan cuba mengadunkan dengan resepi diktatornya dalam Pakatan Haprak tetapi ianya tidak berlaku seperti mana yang dimahukannya.

Barisan Nasional jelas ditunjangi oleh parti UMNO dan bekerjasama dengan baik bersama dengan parti-parti lain yang disebut sebagai komponen Barisan Nasional.Segala tindakan dilakukan secara berhemah dan bersama sehinggalah kepada soal pentadbiran kerajaan.

Secara tidak langsung ianya memudahkan segala urusan bagi menjamin kejayaan Malaysia dan rakyatnya.Selain dari itu UMNO pula menjadi benteng dan teras kepada soal hak keistimewaan orang Melayu termasuklah hal-hal lain yang berkaitan contohnya kedudukan Raja-Raja Melayu , kedudukan agama Islam dan lain-lain.

Barangkali inilah formula yang cuba diubah oleh bekas banduan bernama Anwar Ibrahim dalam Pakatan Haprak.Tetapi rakyat Malaysia lebih tahu sejauh mana formula itu boleh diterapkan dalam Pakatan Haprak kerana mereka bukanlah dari kalangan yang mahu memberikan khidmat kepada rakyat sebaliknya mempergunakan rakyat demi kepentingan serta kedudukan mereka dalam dunia politik.

Ianya begitu jelas kini apabila isu untuk mengemukakan nama calon bagi mengisi kedudukan Menteri Besar Selangor sahaja sudah menjadi beberapa babak.Tidak ada langsung persefahaman diantara parti-parti dalam Pakatan Haprak dan sehingga ke hari ini ianya masih kekal begitu dan parti yang paling teruk menerima musibah ini adalah parti PAS.

Pada ketika PKR dan DAP begitu bersungguh-sungguh mahukan Wan Azizah , PAS tampil menyerahkan 3 nama calon kepada pihak istana.

Persoalannya kenapa tidak ada persefahama sesama sendiri sedangkan mereka mengaku PAKATAN ?

Pas yang mengemukakan tiga nama calon termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu untuk jawatan Menteri Besar Selangor, tidak akan tunduk dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu tersebut.

Presiden PAS , Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan keputusan Pas menghantar tiga nama itu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menggambarkan ketegasan pendirian Pas tanpa dipengaruhi kedua-dua parti tersebut.

"Kita tidak mengalah, kita berpegang kepada konvensyen pakatan rakyat yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan Raja Berperlembagaan dalam pakatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kuliah Jumaat di Masjid Rusila dekat sini hari ini.

MMI nak tanya juga , dalam kes di Selangor ni Anwar pegang kepada apa ??

Kalau diikutkan langsung tak menyamai apa yang Hadi kata , sedangkan orang-orang ni selalu jumpa dalam mesyuarat pimpinan Pakatan sejak 2008 yang lalu.

Apa yang depa buat ?? Senang cita pembohong banyak ! Bercakap tentang macam mana nak jatuhkan BN dan kuasai Putrajaya yang lain jangan harap.

So apa yang sedang berlaku kini Hadi bolehlah diibaratkan sebagai seroang pemimpin yang mula rasa tidak selesa dengan permainan politik Anwar dan konco-konconya dalam Pakatan Haprak yang sebenarnya telah lama diketahui oleh beliau.

Malahan apa yang bakal berlaku selepas ini sama ada PAS mampu memulihkan imejnya yang cukup teruk tercemar terletak di tangan Hadi sendiri.

Selama mana PAS akan kekal menjadi tempat pengkaderan agen-agen ANWARINAS dan sejauh mana PAS mahu mencacaikan penyokong-penyokongnya juga terletak kepada keputusan seorang Presiden parti seperti Hadi Awang.

Hanya beliau yang MAMPU mengembalikan maruah PAS yang telah tercemar dan hanya beliau jugalah yang MAMPU membiarkan PAS terus diROGOL yang akhirnya akan melahirkan anak-anak haram hasil daripada permainan politik licik Anwar bersama sahabat sesyurganya DAP.

Apakah benar Hadi dah meluat dengan karenah Anwar ??? 

Hmm setakat ini belum lagi !! Wayang banyak sangat !!

MMI

1 comment:

  1. Dulu sibuk satu stadium doa hancur!!hancur!! Skrg dh trpalit kt parti sendiri yg tgu masa nk trbelah.tu firsttime aku jd xrespek kt ulamak yg smpi hati doakan saudara seislam

    ReplyDelete

Labels