Followers

Thursday 11 September 2014

HUSAM Dapat Offer Tinggalkan PAS !!


Ekoran kebiadapan puak-puak anwarinas yang bermaharajalela dalam parti PAS sehingga menyinggung pimpinan tertinggi serta Dewan Ulama PAS maka hari ini pemuda PAS sekijang melalui ketua pemudanya Shazni Munir Ithnin mendesak agar Husam meletakkan jawatan dalam parti.

Beliau mendakwa Husam dan rakan-rakannya dalam Jawatankuasa Pusat PAS tidak bersetuju dengan keputusan Hadi untuk meletakkan lebih daripada satu nama sebagai calon Menteri Besar Selangor

Oleh itu, beliau menggesa Husam agar tidak berkias-kias dalam membangkang keputusan presiden PAS itu.

"Husam perlu menyatakan protes terhadap keputusan tersebut secara terbuka," kata Shazni yang juga eksekutif komunikas Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini.

"Ahli-ahli sudah sedia maklum pendirian presiden, dan tidak kurang yang menyokong," katanya sambil mendakwa hanya Husam dan rakan-rakannya masih berlapik-lapik kononnya ingin menjaga survival politik.

Menurut Shazni, budaya demikian tidak sihat kerana ia ibarat "anai-anai yang makan senyap-senyap".

Katanya, jika Husam merasakan presiden sudah tidak layak memimpin parti, maka beliau seharusnya mengusulkan undi tidak percaya terhadap presiden parti.

Tetapi jika Husam merasakan sokongannya tidak cukup, maka Husam dan rakan-rakannya perlu meletakkan jawatan sebagai isyarat menegakkan pendirian mereka yang dirasakan betul.

Menurutnya, jika Husam masih tetap tidak bersetuju, beliau hanya ada dua pilihan - melakukan usul undi tidak percaya atau meletak jawatan.

"Jika kedua-dua ini pun Husam dan rakan-rakan tidak lakukan, sebaliknya terus bersikap seperti anai-anai yang ‘makan senyap-senyap’, lebih baik beliau bersetuju sahaja dengan presiden parti," tegasnya lagi.

Nampaknya kemelut politik Selangor benar-benar bikin PAS bergoncang dan MMI nak bagitau kepada juak-juak PAs kat luaq sana , sedarlah semua yang berlaku ni disebabkan oleh seorang manusia bernama Anwar yang telah mempergunakan segala ruang dan kepercayaan ampa selama ni untuk dia perkemaskan kuasa politiknya dalam parti PAS.

Lihat sahaja apa jadi dengan Timbalan Presiden ampa ?? 

Tak faham lagi ka ??

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels