Followers

Tuesday 23 September 2014

Kehadiran Bendera DAP di #PengkalanKubor Jadi Tanda Tanya ?!!!


Bendera parti sosialis DAP mula dikesan terpacak di kawasan Pengkalan Kubor seolah-olah DAP yang kini sedang bertanding menentang Barisan Nasional.Untuk apa DAP hadir ke bumi Pengkalan Kubor ? Bukankah selama ini DAP langsung tidak menunjukkan minat untuk sama-sama berganding bahu dengan parti PAS dalam siri kempen mereka ?

Malah pemasangan bendera terbabit sudah pun menyalahi undang-undang SPR dan semestinya pihak SPR harus bertindak.Jangan lagi asyik memberi amaran demi amaran kerana mereka-mereka ini tidak akan pernah faham.

Selebihnya adakah PAS terlalu BODOH untuk membiarkan DAP hadir disaat-saat akhir kempen hanya kerana PAS terlalu terdesak untuk kembali mendapat perhatian rakyat ?

Alo brader , sejak hari penamaan calon lagi PAS dibiarkan berseorangan dan belajarlah menerima hakikat ini bahawa Tahaluf Siyasi yang diwar-warkan oleh PAS tidak pernah berlaku.

Kepada rakyat Pengkalan Kubor , MMI nak tanya ... Apakah jasa dan khidmat yang pernah diberikan oleh DAP kepada kalian selama ini ?? Jika PAS pun lepas tangan di Pengkalan Kubor apatah lagi DAP !!!

Rakyat Kelantan dan Pengkalan Kubor seharusnya sedar DAP tidak pernah bersetuju dengan perjuangan orang Melayu dan mereka sudah pun membuktikannya di Pulau Pinang.Lihat sahajalah apa yang telah berlaku kepada rakyat di Pulau Pinang hasil daripada sikap double standard DAP !!

Tak perlu MMI huraikan semua , cari sahaja artikel-artikel sebelum ini dah banyak yang MMI dedahkan.

Seperkara yang mungkin PAS lupa adalah mereka selama ini sudah pun dipergunakan oleh DAP dan PKR untuk mendapatkan kuasa politik.Malah sudah sampai ke tahap menjadi pencacai !!

Lihat sahaja insiden Selangor , apakah DAP dan PKR menghormati pendirian parti PAS ???

Bagi MMI mudah , jika PAS masih dengan angan-angan mereka maka bawa sahaja pemimpin DAP turun ke bumi Pengkalan Kubor.Kalau boleh biar Lim Guan Eng sendiri yang hadir dan benarkan beliau berceramah.

Biar takyat Pengkalan Kubor sendiri tahu dan kenal siapa Lim Guan Eng !!!

Namun sebelum PAS membawa Lim Guan Eng rasanya lebih baik rakyat mengetahui bahawa parti-parti yang mengaku Pakatan Haprak ini tidak pernah berusaha malah tidak terfikir pun untuk membantu rakyat di Pengaklan Kubor selama ini.

Yang banyak berjasa dan membantu warga Pengkalan Kubor adalah Allahyarham Dato Di  !!

Apakah warga Pengkalan Kubor mahu terus maju atau mahu berubah dengan meletakkan kepercayaan kepada wakil PAS ?? Rasanya tak perlu disebabkan penggantu Dato Di yang kini sedang giat berkempen bersama jentera BN punya kredibiliti dan keupayaan yang boleh diharapkan.


Pesanan MMI kepada adik , kakak semua "JANGAN SALAH PILIH" !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels