Followers

Monday 15 September 2014

Kenapa Pengundi di DUN #PengkalanKubor Perlu Teruskan LEGASI Arwah Dato Di !!


Kehilangan seorang pemimpin seperti arwah Dato Di merupakan satu kehilangan yang amat dirasakan oleh para pengundi di DUN Pengkalan Kubor.Jasa dan baktinya tidak perlu dipertikaikan memandangkan selama beliau memberikan perkhidmatan , rakyat sentiasa didahulukan.

Kepastian ini dibuktikan apabila BN hanya menang di kerusi DUN Pengkalan Kubor manakala kerusi-kerusi lain termasuk parlimen menjadi milik PAS.Jika diamati keadaan ini maka jelas rakyat dan pengundi di DUN N01 lebih mempercayai kepimpinan arwah Dato Di.

Bukan sesuatu yang mudah untuk mencapai kemenangan apabila kerusi-kerusi lain bukan milik BN maka ianya sudah pasti membuktikan sesuatu dan kerana itu legasi kepimpinan arwah Dato Di perlu dikekalkan.

MMI tak nafikan dalam situasi pilihanraya kecil seperti ini sudah pasti ada cerita-cerita yang tidak enak tentang arwah namun gerak kerja yang telah beliau lakukan sebelum ini seharusnya menjawab segala tohmahan mahupun cerita-cerita karut yang didendangkan. 

SENARAI PROJEK HIGH IMPACT YANG DIPERJUANGKAN OLEH ARWAH DATO DI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN NYA DI  PENGKALAN KUBOR. 

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Kos Projek        - 67.0 Juta
Lokasi               - Tujoh
Tarikh Mula      - 25 September 2006
Tarikh Siap       - 26 Ogos 2009
Impak Projek    - Bil.Pelajar 778 Orang
                         - Bil.Guru 59 Orang
                         - Bil.Bukan Guru 31 Orang
                         - Bil.Kelas 28 

Jalan Kesban Pengkalan Kubor.
Kos Projek       - 58.6 Juta
Lokasi              - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula      - 12 September 2004
Tarikh Siap      - 10 Mac 2007

Pengkalan Kastam Pengkalan Kubor.
Kos Projek       - 12.3 Juta
Lokasi              - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula      - 1 April 2006
Tarikh Siap      - 15 Ogos 2010
Impak Projek   -  Pungutan Cukai Jan-Sep 2014 

Pusat Pengumpulan, Pemprosesan & Pembungkusan (CPPC)  Produk Berasaskan Ikan.
Kos Projek        - 5.06 Juta
Lokasi               - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula       - 15 September 2011
Tarikh Siap       - 29 November 2012
Impak Projek.   - Membantu memperkembangkan dan meningkatkan lagi mutu kerja para nelayan.

Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Tumpat.
Kos Projek         - 3.0 Juta
Lokasi                - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula       - 1 Januari 2006
Tarikh Siap        - 27 Disember 2010
Impak Projek     - Mengurangkan risiko kejadian banjir di jajahan Tumpat.

Masjid Kubang Sawa.
Kos Projek         - 1.6 Juta
Lokasi                - Kg Bendang Pak Yong
Tarikh Mula       - 28 Januari 2010
Tarikh Siap        - 31 Mac 2011
Impak Projek     - Memberi keselesaan kepada jemaah utk beribadat.

Projek Penapis Air 1 Malaysia.
Kos Projek         - 0.2 Juta
Tarikh Mula       - 10 Ogos 2012
Tarikh Siap        - 22 November 2012
Impak Projek     - Memberi bekalan air bersih kpd 500 penduduk Kg Tualang & Kg Dedap‎

Untuk rekod pemergian arwah Dato Di amat dirasakan dan kini tugas itu sudah diamanahkan kepada calon Barisan Nasional Haji Mat Razi Mat Ail anak tempatan Pengkalan Kubor.Walau apa jua perancangan kita hanya rakyat Pengkalan Kubor sahaja yang boleh memastikan legasi kepimpinan arwah Dato Di diteruskan oleh Haji Mat Razi Mat Ail.

MMI yakin calon Barisan Nasional PRK N01 ini mampu meneruskan kecemerlangan yang sudah pun dibuktikan dibumi Pengkalan Kubor.

Kepada PAS rasanya lebih baik cerita tentang kerja buat dululah !!!

Setakat ceramah sapa pun boleh buat bro !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels