Followers

Friday 5 September 2014

Kenapa PPS Tetap Berhimpun ??


Pastinya semua orang dah sedia maklum puak-puak PPS telah ditahan oleh pihak Polis sewaktu menyertai perbarisan sempena hari Kemerdekaan negara di Pulau Pinang baru-baru ini.Serentak dengan itu juga pelbagai pihak pro pembangkang khususnya DAP tampil tanpa henti termasuklah pimpinannya mempertikaikan tindakan pasukan Polis.

Sepanjang pemerhatian MMI sejak bermulanya isu ini sehinggalah pembebasan puak-puak PPS tersebut dapatlah disimpulkan bahawa ianya berlaku disebabkan oleh kedegilan serta sikap kurang ajar para pimpinan DAP sendiri sebenarnya.

Walaupun Guan Eng tu Ketua Menteri Pulau Pinang tidaklah bererti bahawa kuasa yang dimilikinya itu membolehkan beliau untuk mencabar Ketua Polis Negara.Mencabar KPN dalam isu penubuhan PPS bererti Guan Eng sudah pun boleh dianggap sebagai musuh negara.

Berkenaan penubuhan sebuah pasukan kononnya untuk menjaga keselamatan orang awam dan membantu pihak Polis untuk memastikan keamanan sebenarnya tidaklah menjadi masalah besar namun disebabkan berlakunya kes-kes anggota PPS sendiri yang bertindak ala gangster maka PPS dilihat mampu menggugat keamanan apatah lagi penubuhan pasukan ini tidak melalui proses-proses yang sepatutnya.

Itu belum dikira tindakan anggotanya yang melakukan kerja-kerja parti DAP yang jelas lari dari matlamat penubuhannya.

Malah apabila ianya disahkan sebagai pertubuhan HARAM maka lagilah berbahaya memandangkan pasukan ini mempunyai ribuan ahli dan ia mampu berubah dalam sekelip mata menjadi pasukan penentang atau disebut militan kerana mereka juga didapati membawa membawa senjata sewaktu bertugas.

Rasanya Guan Eng sedar tentang semua perkara ini ! Namun kenapa beliau masih lagi mencabar KPN ?

Kita teruskan lagi , MMI melihat cabaran Guan Eng terhadap KPN bukanlah satu cabaran biasa tetapi punya agenda lain.

Banyak pihak kini melihat isu PPS hampir selesai apabila pihak Polis bertindak dan mendapat sokongan jitu daripada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Namun pernahkah kita terfikir kenapa pada ketika Guan Eng tahu PPS sudah pun disahkan sebagai pertubuhan HARAM , beliau masih lagi tetap memberikan sokongan terhadap pasukan tersebut malahan membawa pasukan ini untuk menyertai perbarisan sempena hari KEMERDEKAAN negara yang ke-57 ?

INGAT cabaran Guan Eng itu bukan sahaja terhadap KPN sebenarnya tetapi merupakan cabaran terhadap seluruh rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu kerana beliau tahu Melayu tidak akan mampu menghalang apa jua yang beliau lakukan di Pulau Pinang.

Ini hakikatnya apakah orang Melayu di Pulau Pinang benar-benar bersatu ?

Mengharapkan UMNO dan NGO Melayu / Islam sahaja tidak akan mampu merubah apa-apa kerana Guan Eng tahu sebahagian lagi Melayu tidak akan memberikan sokongan kerana mereka sudah hilang bisa.

Guan Eng tahu pemimpin Melayu ini telah menggadaikan TARING Melayunya kepada DAP !

Adakah itu alasannya ?? Tak cukup , ada lagi ...

Sambung di artikel seterusnya Klik Sini 

MMI

1 comment:

  1. Apa jua cubaan yg sedang melanda..disebabkab DAP dan Anwar tshu Najib dan umno tidsk lagi mebdapat sokongan padu dari rakyat nalaysia khususnyaborg melayu...

    Persaolan pokok sekarang bukan lah sangat apa agenda mereka kerana mereka sedang mara...polis dan tentera terhad untuk mengawal semua ini..

    Persaolan utama sejauh mana najib dan umno sedar atau tidak bahawa langkah mereka sekarang tidak pun mengembalikan sokongan kuat org melayu....paling malang najib syok sendiri dengan angka2 di atas kertas..

    Kalau umno gagal dng langkah pertama kekuatan sokongan melayu...jangan harap dapat sokongan kaum lain.

    Umno dulu dihormati dan digeruni kerana penyatuan melayu didalamnya.

    Najib kena tanya...kenapa dia tidak disokong dan didukung oleh melayu sekuat era mahathir dan sebelumnya...

    ReplyDelete

Labels