Followers

Monday 15 September 2014

Kenapalah Ampa Pakai JERSI Macam Tu !!!


Sekali tengok pasti ada yang kata atlet lumba basikal ni GILA !! Sebab sanggup ramai-ramai tayang bahagian sulit pada orang ramai , macam-macam hal !! 

Sebuah pasukan lumba basikal wanita dari Colombia yang mengambil bahagian di dalam sebuah acara perlumbaan basikal di Itali telah membuatkan orang ramai berasa jelik kerana rekaan jersi yang disarungkan oleh pasukan tersebut lapor media Sabtu lalu.

Pakaian sukan berkenaan yang telah ditaja oleh kerajaan bandar Bogota, diperbuat daripada fabrik yang menyerupai warna kulit di bahagian pinggang dan pinggul... termasuk di bahagian sulit pelumba, yang menunjukkan mereka seolah-olah berbogel.

"Sangat Menyedihkan" laman web perlumbaan di Itali, Tutobiciweb meletakkan perkataan itu sebagai tajuk utama kepada artikel mereka yang merujuk kepada pasukan berkenaan yang dilihat seperti berbogel.

Pendedahan kepada gambar tersebut terus menjadi popular dan viral di media sosial di mana ada yang berpendapat rekabentuk tersebut adalah "sangat salah" dan merupakan sebuah "bencana" kepada pasukan berkenaan dan negara yang diwakili.sumber 

Sapalah yang reka jersi bebudak nikan ?? Kalau kat Malaysia maunya kena balun si pereka tu !!!

Tapi apa boleh buat bebudak kat atas tu bukannya tak perasan , betul tak ?? Sendiri cari bala !!!

MMI

1 comment:

Labels