Followers

Thursday 18 September 2014

Mana JANJI PAS Untuk #PengkalanKubor ?!!


Banyak orang sering berbicara soal JANJI !! Lebih-lebih lagi dalam PRK Pengkalan Kubor maklumlah dalam siri pilihanraya kecil semacam ini selalunya semua pihak akan membuat JANJI dan kerana JANJI sebeginilah selalunya menjadi 'back fire' kepada pihak yang berjanji sekiranya ia tidak dapat ditunaikan.

Namun Barisan Nasional konsisten dalam setiap janjinya dan menjadi kemestian untuk rakyat didahulukan.MMI tak nafi ada kelemahan di mana-mana tetapi nisbah janji BN selalunya ditunaikan.

Dalam suasana kempen di Pengkalan Kubor yang semakin rancak ini , satu pendedahan penting telah didedahkan berkisar kepada JANJI PAS untuk warga Pengkalan Kubor yang telah dibuat sejak 1993 yang lalu.

Jom kita bercerita mengenai isu yang dekat dengan pengundi iaitu projek pembinaan Bandar Baru Pengkalan Kubor yang dijanjikan oleh PAS sekitar 1993 hingga 2002.



10 Fakta Penting :

1. Sekitar 1993 kerajaan negeri Kelantan bawah Nik Aziz Nik Mat (ketika itu MB Kelantan) telah menjanjikan satu projek mega bernilai RM2.3 billion yang bakal dilaksanakan atas keluasan 7,200 hektar tanah.

2. Pada 22 Disember 1996 satu majlis menandatangi MOU antara kerajaan negeri dengan MSJ Partners Sdn Bhd sebuah syarikat dari Pulau Pinang berlangsung di sebuah hotel sekitar Kota Bharu disaksikan sendiri oleh Nik Aziz Nik Mat.

3. Nik Aziz juga diberikan taklimat mengenai projek yang menempatkan Pusat Dagangan Islam Antarabangsa, 4,000 unit zon kediaman, kawasan perindustrian, pasar borong, masjid serta institusi pengajian tinggi.

4. Tapak bagi melaksanakan projek tersebut di antara sempadan Kelantan - Thailand iaitu berhampiran dengan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor.

5. Hampir 5,000 penduduk terlibat menganggarkan jika kerajaan negeri mengambil tanah untuk membangunkan projek yang sepatutnya dilaksanakan tahun 1997 mereka bakal menerima pampasan berjumlah RM50k - RM150k bagi setiap hektar tanah.

6. Sebelum projek dilaksanakan PAS mengedarkan borang tawaran dengan harga RM1.00 kepada penduduk setempat yang berminat untuk membeli rumah teres di Bandar Baru Pengkalan Kubor.

7. Sebahagian besar penduduk sekitar Tumpat & Pengkalan Kubor telah membeli borang tawaran berkenaan untuk mendapatkan rumah yang berharga RM35,000 bagi setiap unit.

8. Tetapi pada 2002, Abdul Halim Abdul Rahman (ketika itu Timbalan Menteri Besar Kelantan) menyatakan struktur untuk membina projek berkenaan dibatalkan atas alasan pemaju MSJ Partners Sdn Bhd gagal menyediakan RM2.3 billion.

9. MSJ Partners Sdn Bhd juga dikatakan tidak berupaya membangunkan projek berkenaan walaupun kerajaan negeri perkecilkan keluasan 7,200 hektar kepada 174 hektar dengan kos pembinaan RM200 juta.

10. Namun pemaju iaitu MSJ Partners Sdn Bhd telah memaklumkan kepada kerajaan negeri bahawa sejak tahun 1997 mereka telah membelanjakan lebih RM12 juta sebelum menarik diri - kenapa pemaju tarik diri walaupun telah belanjakan RM12 juta? sumber 

Woo apa sudah jadi ??? RM12 juta telah dibelanjakan bro !! Mana projek NYA ???

Ada juga yang kata , dah BN menang di Pengkalan Kubor kenapa tak bangunkan ??

Alo brader sejak BN berkhidmat usaha sentiasa digerakkan untuk membawa kemajuan kepada rakyat di Pengkalamn Kubor .....Tak percaya ?? Baca SINI 

Mungkin warga Pengkalan Kubor dah boleh fikir sekarang siapa sepatutnya yang perlu di pilih pada 25 September nanti !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels