Followers

Tuesday 9 September 2014

Ohh JIJAH TERGURIS Rupanya !!!


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengakui terguris hati dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempersoalkan kebolehan dan kemampuannya sebagai calon Menteri Besar Selangor.

"Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.

"Bagaimanapun tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati semua pihak supaya tidak mengeluarkan kenyataan balas terhadap Abdul Hadi.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan keluarga atas jasa beliau dan bantuan kepada saya sejak tahun 1999 lagi," katanya.

Jumaat lepas, Abdul Hadi berkata PAS tidak menamakan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baharu berikutan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu tidak berkebolehan.

Abdul Hadi turut menegaskan, penolakan PAS terhadap Dr Wan Azizah bukan disebabkan faktor gender tetapi kerana beliau tiada kredibiliti sebagai seorang pemimpin.Bernama

Jelas tak boleh terima kelemahan diri !! Alo Jijah orang Permatang Pauh dah lama tau benda ni ang ja tak mau mengaku !!!

MMI

1 comment:

  1. CAkap pada nenek kipas tu - 'go fly kite'.....

    ReplyDelete

Labels