Followers

Monday 22 September 2014

PAS Kelam Kabut PENGUNDI Mula BERSUARA Di #PengkalanKubor ??


Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk warga Pengkalan Kubor keluar membuang undi untuk menentukan siapakah yang paling layak menjadi wakil rakyat bagi kawasan N01.Sepanjang proses kempen itu juga kita dapat melihat bagaimana kedua-dua parti masing-masing dengan gerak kerja tersendiri bertemu penduduk sehinggakan PAS yang terpalit dengan pelbagai kontroversi terpaksa mengubah cara kempen mereka.

Jika dulunya PAS sering menyalahkan bantuan daripada Barisan Nasional kepada penduduk sebagai amalan merasuah pengundi , Pengkalan Kubor menjadi BUKTI betapa PAS turut melakukan perkara yang sama dan sudah tentu tindakan ini tidak akan dianggap sebagai rasuah tetapi sumbangan.Klik Sini

Masak sangat dah PAS sememangnya suka menghalalkan sesuatu demi kepentingan politik mereka !!

Dengan kedudukan parti yang sedang berkecamuk , PAS seolah-olah hilang punca di Pengkalan Kubor malahan jentera mereka sendiri kini mula merungut memandangkan banyak fokus diberikan kepada permasalahan dalaman parti dan juga isu menteri besar Selangor.

Kerana itu PAS di Pengkalan Kubor terpaksa menggunakan apa sahaja kaedah termasuk melakukan fitnah untuk meneruskan survival kempen mereka.

Paling PASTI rakyat kini mula bertanya dimana JANJI-JANJI PAS selama ini ??




Secara JUJURnya Pengkalan Kubor disisihkan oleh PAS selama ini kerana berada dibawah Barisan Nasional dan apa yang berlaku merupakan dendam kerajaan negeri terhadap pengundi di situ.

Kegagalan ini amat sukar untuk dijawab oleh PAS memandangkan Kelantan di tadbir oleh parti PAS yang kini hadir menagih simpati penduduk Pengkalan Kubor.

JELAS PAS hanya mahukan kuasa politik semata-mata !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels