Followers

Friday 5 September 2014

PASMA Tanda-Tanda PAS Berpecah ??


Masih teringat antara ayat yang tertulis di ruang maya sebelum ini menyentuh tentang Islam gemilang di bawah kepimpinan Ulama dan sudah semestinyalah kenyataan itu merujuk kepada parti PAS.Mana boleh parti lain lagi dah sebab PAS selalu mengaku merekalah yang paling hebat dalam perjuangan Islam.

Bagi MMI mudah gemilang macam mana pun selagi berlaku perbalahan politik ianya tidak akan membawa umat Islam khususnya di Malaysia ke mana-mana.

MMI sekali pun tak pernah menafikan peranan ulama dalam mengangkat martabat Islam namun biarlah ulama yang punya sifat seperti mana ulama.Jangan pula mengaku ulama tetapi tindakan amat jauh sekali menyimpang daripada sifat-sifatnya.

Mengutuk dan mencerca sesama umat bukan sifat ulama !!

Dan kerana itu barangkali PAS yang sebelum ini begitu sombong dan angkuh pada ketika mereka disuap dengan pelbagai jawatan dan kuasa duniawi oleh DAP dan PKR kini menanggung azab.

Kemelut politik di Selangor sudah pun menyebabkan segala macam pekung PAS terburai.Tindakan yang tidak masuk akal berlaku setiap kali tibanya waktu untuk membuat keputusan perihal siapa yang selayaknya menjadi Menteri Besar Selangor.

Perpecahan semakin ketara berlaku di semua peringkat tertinggi parti PAS dan mereka sebolehnya mahu menutup perpecahan ini daripada diketahui oleh umum.Namun PAS perlu akur dan percaya bahawa Allah swt itu jauh lebih berkuasa daripada semua manusia waima yang mengaku ulama sekalipun.

Dah lama sebenarnya peranan ulama dalam parti PAS diketepikan namun mereka memilih sikap untuk berdiam diri dan keadaan itu sebenarnya menyebabkan PAS semakin tenat.Ditambah pula kebanjiran agen-agen ANWARINAS ke dalam parti akhirnya menyebabkan PAS mengalami krisis identiti.

Krisis ini bukan sahaja menyebabkan PAS dilihat huru-hara tetapi mampu menyebabkan parti kedua terbesar orang Melayu Islam ini berpecah kerana POLITIK keterlauan atau lebih mudah POLITIK KETAKSUBAN terhadap pemimpin dan juga kuasa.

Dimana definisi Bai'ah yang PAS sering lakukan ? 

2 Adun PAS di Selangor yang jelas berpaling tadah dengan tidak menurut arahan parti masih lagi dibiarkan dengan alasan belum masanya tindakan diambil.Adoihhh apa hal beb ??

Puak tu dah langgar Bai'ah tu ?? Boleh tunggu-tunggu lagi ka ???

Sepanjang krisis di Selangor bermacam-macam helah dapat kita lihat dan semuanya dilakukan oleh pemimpin PAS dan ternyata mereka kini celaru.

Celaru untuk membuat keputusan siapa yang seharusnya kita ikut !!!

Kepimpinan Ulama dalam PAS atau bekas banduan bernama Anwar Ibrahim ??

Kepincangan ini NYATA dan kini mereka sedang berkrisis sesama sendiri dan dari maklumat serta sumber rakan-rakan kesan-kesan keretakan dan perpecahan itu sudah semakin ketara.

Selain PAS kini muncul PASMA !!

Huh hampir sama tetapi MMI yakin peranannya berbeza.


PASMA baharu sahaja didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 11 Ogos lalu serta beralamat di No. 21, Tingkat Atas, Kompleks Jitra Kedah. 

Kewujudan PASMA berlaku di tengah-tengah kegawatan kerusi menteri besar Selangor yang melibatkan pertembungan PAS dan rakan PR-nya, PKR dan DAP. Dan kewujudan PASMA berlaku sewaktu krisis dalaman PAS memuncak akibat pertembungan kumpulan ulama dan kumpulan ‘anwarinas’. 

Sekali lagi kami beranggapan bahawa hanya Husam yang mampu menjawabnya kerana beliau serta dua lagi, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (AJK PAS Pusat) dan Ustaz Haji Ahmad Awang mantan Ahli Majlis Syura Ulama PAS) akan bergandingan dalam satu forum anjuran PASMA di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, Isnin depan (8 September 2014). 

Benarkah PASMA adalah alternatif kepada pengikut tegar Anwar Ibrahim yang merasakan diri mereka tidak selamat lagi berada di dalam PAS? Seterusnya 

Apa cita gang ?? MMI cuma terfikir mereka yang mengaku ULAMA dalam parti PAS tu langsung tak boleh buat apa-apa ker ? Orang sendiri pun tolak suara ampa macam mana ??

Sesuatu yang MMI nak ingatan adalah dengar cakap orang sama dan lihat betul-betul dalam parti dan renung jauh-jauh betul ka apa yang ampa buat selama ni ???

PASMA adalah alternatif kepada mereka yang bersama PAS tetapi menyokong Anwar ???

Hmmm kita tengok macam mana nanti !!!

MMI

1 comment:

  1. Puak puak ni sampai bila bila pun tak akan aman damai...kerana amat jelas masing masing bersifat tamak haluba untuk mendapat kedudukan dan kekayaan dengan jalan menipu pengikut pengikut LEMBU mereka...selagi ada mentari dan bulan...kita sama sama tunggu kemana arah tujuan mereka dan sampai bila mereka akan tetap sebagai manusia yang MUNAFIK

    ReplyDelete

Labels