Followers

Thursday 18 September 2014

PELIK Sampai Tak Boleh KECEK !! Bertanding Gapo ?? #PengkalanKubor


MMI pun pelik sampai calon sendiri pun diarahkan tutup mulut !! Apa kejadahnya sampai ke tahap tu ? Sebagai calon semestinyalah rakyat dan pengundi mahu melihat sejauh mana bakal pemimpin ini benar-benar faham tentang politik dan perkara-perkara lain yang seharusnya menjadi fokus calon.

“Tok Wan Di (Wan Rosdi) seorang yang berlatarbelakangkan agama, boleh berceramah, boleh berucap, tetapi kita larang dia. Tugas dia hanya jumpa pengundi, buat lawatan rumah ke rumah dan ketika ceramah hanya memperkenalkan diri sahaja dan dia dilarang cakap lebih.

“Dan kebanyakan bahan kempen adalah daripada jentera pilihan raya parti dan bukan daripada calon”.

Aisey ayat apa ni ?? Fahamlah calon sibuk tapi kalau dalam sidang media pun sampai tak boleh nak bercakap dan perlukan suara ghaib , apa cer ??

Sebenarnya PAS hanya mahu menutup kelemahan calon sendiri memandangkan Wan Rosdi tidak arif tentang hal-hal melibatkan kawasan Pengkalan Kubor.Sebagai seorang calon yang mengaku anak tempatan masakan Wan Rosdi tak tahu menahu tentang hal kawasan ?

Citanya dia bukan anak tempatan !!!!

PAS sememangnya dah terkenal dengan tindakan sebegini dan perkara yang sama pernah berlaku di PRK Kuala Besut sebelum ini !!


Semua ni GAME !! 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels