Followers

Monday 15 September 2014

PENDEDAHAN NGERI Pemimpin PAS Tentang KERAKUSAN PASMA


Apa lagi yang mahu ditepis oleh PAS hari ini apabila pendedahan berani yang dilakukan oleh Nasruddin Tantawi membogelkan sebahagian besar pimpinan parti itu berkaitan PASMA ?

Kenyataan penuh jujur dan sinis dari pemimpin muda PAS ini cukup padat dan ianya boleh diibaratkan sebagai pengakuan terbuka tentang apa yang sedang berlaku dalam parti itu hari ini.

Baca dengan tenang !!

PASMA Timbulnya Sebuah Kapal Selam

1.Pentas politik tanahair kita semakin menarik dengan lahirnya PasMa. Ia kini menjadi bahan bualan ahli- ahli politik termasuk para penganalisisnya. Justeru, PasMa bukanlah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan yang lahir atas orientasi kebajikan seperti Yayasan Amal, Muslim Care dan lainnya.Juga bukan sebuah NGO yang diwujudkan untuk memperjuangkan hak rakyat tertindas seperti Royalti (R), Anak dan lainnya. Sebaliknya ia adalah sebuah NGO yang diluncur ke tengah arus politik tanahair dengan sentimen dan agenda politik tersendiri.

2.Pertemuan PasMa pada 31 Ogos 2014 di Pustaka Az Zahra Kota Bharu tempohari jelas mempotraitkan rupa wajah PasMa yang sebenar. Pastinya ia bukan pertemuan yang merancang strategi dan aktiviti kebajikan sebagaimana tanggapan setengah pihak terhadap NGO ini.Sebaliknya ia adalah sebuah pertemuan yang sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada pucuk pimpinan PAS iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Malah mereka berbincang bagaimana untuk menjatuhkan presiden.

3.Pertemuan tersebut turut merencana Plan A dan Plan B sehingga menelurkan idea perlaksanaan konsep 1 Jamaah 2 Parti.Satu idea yang membawa maksud menubuhkan sebuah parti baru bagi menggantikan PAS di dalam Pakatan Rakyat (PR) setelah mood pertemuan tersebut dibentuk dengan satu persepsi kononnya PAS yang sedang diterajui oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu bekerjasama dengan Umno dan dilabel sebagai Geng UG sementara mereka pula adalah Pro PR.Jika konsep 1 Jamaah 2 Parti itu menjadi kenyataan, barangkali Parti Ummah Sejahtera ( فاس ) akan wujud.

4.Lebih jauh perbincangan mereka ialah strategi untuk menjatuhkan presiden PAS. Saya difahamkan oleh seorang saksi yang hadhir dalam pertemuan PasMa pada 31 Ogos 2014 tempohari, bagaimana Shaikh Umar Bagharib Ali seperti mencabar seorang pemimpin kanan PAS Pusat yang turut hadir dalam pertemuan itu, betapa 24 orang AJK  PAS Pusat yang pro mereka (daripada 36 orang keseluruhannya) kenapa tidak boleh menguasai keputusan PAS Pusat? Menganggap presiden PAS sebagai bodoh siasah dan menyebut bahawa Jawatan Kuasa PAS Pusat yang ada pada hari ini boleh turunkan presiden PAS tanpa perlu pun menunggu muktamar.

5.Seorang peserta yang lain pula menyebut bahawa fokus mesti dialihkan kepada Setiausaha Agung Mustafa Ali untuk dijatuhkan dengan maksud jatuh Mustafa Ali maka lemah dan jatuhlah presiden. Fokus dialih kerana disebabkan reputasi presiden yang sedang harum dengan perlantikan sebagai naib presiden Persatuan Ulama Sedunia tempoh hari.

6.Sementara resolusi pertemuan itu disampaikan oleh Mohd Taib Ahmad, setiausaha PasMa. Beliau menegaskan jika AJK PAS Pusat tidak mahu menurunkan presiden PAS, maka semua AJK PAS Pusat kita turunkan termasuk Mohamad Sabu, timbalan presiden, naib-naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan semua AJK PAS Pusat kita turunkan semuanya. Kenyataan beliau berasaskan satu keyakinan terdapat usaha mahu menubuhkan kerajaan campuran dengan Umno di Selangor.

7.Menyentuh soal rahsia parti pula, beliau menyebut bahawa baiah yang dibuat oleh pimpinan PAS Pusat boleh dilanggar kerana ia dianggap batil  dan melanggar baiah boleh diselesaikan dengan menyembelih seekor kambing (sebagai membayar kifarah). Ucapan resolusi PasMa itu juga turut menegaskan Majlis Syura PAS hanya diperalat oleh Mustafa Ali. Beliau “over rule” segalanya, beliaulah presiden PAS yang sebenarnya.

8.Penjelasan ini adalah sebahagian daripada keseluruhan perbincangan yang jelas menggambarkan agenda sebenar PasMa . Pertemuan itu menjadi majlis "membelasah" pimpinan PAS khasnya presiden  PAS.

9.PasMa menjadi forum  yang akan bergerak secara terbuka ke seluruh negara dengan membawa agenda tersebut. Himpunan mereka di Pustaka Az Zahra' menyaksikan kesungguhan mereka mendokong agenda yang mengatasnamakan usaha menyelamatkan PAS itu.Antara yang mengambil bahagian berucap dan melontarkan pandangan dalam Perhimpunan PasMa yang berlangsung di Pustaka Az Zahra Kota Bharu tempohari ialah Ustaz Mohamad Hussin selaku pengerusi dan menyampaikan ucapan alu-aluan, sementara penceramah pertama ialah Dr Hatta Ramli dan penceramah kedua ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi.

10.Saya melihat tidak mustahil PasMa akan menjadi pintu laluan ke arah penubuhan parti baru atau serpihan PAS yang bakal dianggotai oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS sebagaimana sejarah merakamkan penubuhan Hamim dan Berjasa.

Oleh : Nasrudin Hassan At Tantawi

Jika Presiden sendiri mahu dijatuhkan kerana terlalu taksub dengan perjuangan pihak lain maka bayangkan apa yang MAMPU dilakukan oleh mereka-mereka ini sekiranya punya KUASA dan KEDUDUKAN sebagai sebuah kerajaan pusat ??

Boleh jadi rakyat pun depa halau !! Huh NGERI !!!

MMI

2 comments:

  1. APA BEZANYA PAS DGN PASMA, DUA2 TAK BOLIH PAKAI

    ReplyDelete
  2. Tak mungkin Parti baru akan ditubuhkan...Malah Parti Pas yg sedia ada akan di ambil alih secara kekuatan Politik..yg tersedia ada dan perancangan yg tersedia...hanya menunggu masa saja... Tunggu dan Lihat... bertetapan dgn kelembapan Hj Hadi bertindak .dan Ulama ulama bisu (mata satu) tidak berperanan..yg menjadi faktor utama peristiwa tu terjadi..

    ReplyDelete

Labels