Followers

Wednesday 10 September 2014

PRK Pengkalan Kubor "The War Has Begin" !!


The war has begin !! Begitulah citanya apabila Barisan Nasional hari ini mengumumkan calon bagi mewakili parti tersebut untuk bertanding di kerusi Pengkalan Kubor.

Ditengah-tengah kemelut politik yang kini sedang melanda parti pembangkang dan pertelagahan diantara PAS dan PKR selain daripada sikap bermuka-muka DAP , pembangkang dilihat tempang untuk aksi kali ini.

Namun apa yang boleh MMI katakan segala-galanya terletak ditangan para pengundi di Pengkalan Kubor , soal siapa yang bakal mewakili mereka nanti akan mencerminkan sikap pengundi di kawasan terbabit dan sudah semestinya INGATAN ini mahu MMI ingatkan kepada semua jangan ulangai kesilapan yang dilakukan oleh perwakilan PAS apabila mengundi Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. 

Barisan Nasional (BN) hari ini telah mengumumkan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat, Mat Razi Mat Ail sebagai calon parti tersebut untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi PRK Pengkalan Kubor BN hari ini.

Mat Razi, 49, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mat Razi merupakan anak tempatan dan merupakan Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat.

Biarpun begitu, ada di antara penduduk memanggilnya Ustaz Mat Razi kerana beliau aktif dalam pelbagai aktiviti agama termasuk mengasaskan sekolah pondok di tanah wakaf sendiri Kampung Simpangan.

Selain itu beliau turut menjadi imam di Masjid Simpangan dan pernah muncul sebagai johan taranum al-Quran ketika menuntut di maktab perguruan dahulu.



Berikut biodata penuh calon BN

Nama: MAT RAZI B.MAT AIL 651119035219
PENOLONG PEG. PPD TUMPAT-PENGURUSAN SEKOLAH.
Isteri : Khairos bt Husin
(Guru SK Simpangan Tumpat)

Kelulusan: BA (Hons) Sejarah & Persuratan Melayu UKM (1999)
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Kedah (1988)

Anak 6 org(3 lelaki 3 perempuan)
1. Zamir (uitam kos Art& Design)
2. Nur Izati (UIA – Bahasa Arab)
3. Aizat (Maahad Muhammadi Tumpat)
4. Nur Zahirah (Maahad Tahfiz Tanah Merah)
5. Nur maisarah
6. Zulfahmi (SK Simpangan)

Bergiat politik semenjak 1990 sebagai su cawangan simpangan.
AJK Pemuda Bahagian bermula 2005.
AJK Bahagian bermula 2009.

Mengasaskan sekolah pondok pada 9.11.2012 di tanah wakaf milik sendiri di Kg.simpangan dgn pengambilan pelajar setiap hujung tahun 50 org.

Pelajar semasa 20 org di bantu guru quran En Daud Ismail (bekas guru quran).

Pondok di sumbang oleh Allahyarham Dato Noor Zahidi (RM50ribu – 2013).

Pengajian pelajar & makan percuma.

Mula berkhidmat di
1988 SK Bunohan (8 thn)
1999 (SMK Sri Kurau Perak)
2002(SMK Ayer Lanas Jeli)
2003-2008 (SMK Geting)
Guru Pemeriksa Sejarah.

Pencapaian di Maktab – Johan Tilawah Al-Quran (Tarannum)
Mula mengaji di pondok Tn Guru Hj Wan Mat Jal Besar(1982 sehingga Tn Guru meninggal 1994.
Pergi haji pertama kali pd 1994 & kedua pd 2008.
Membawa jemaah umrah setiap tahun semenjak 2011

Macam MMI kata "The war has begin" !!

MMI

2 comments:

  1. Insyallah. Dengan profile UMNO yg kukuh akan memantapkan satu lagi kemenangan. Cuma kita amat amat berharap agar jangan ada monyet @ sarkas dlm UMNO yg melatah atau lebih sudu dari kuah. Cakap biar jujur.

    Cakap kpd rakyat, UMNO tidak mengatakan ia parti yg sempurna. Hebat serba serbi. UMNO bukan parti maksum. Tapi UMNO bukan 'MUNAFIK'.

    - Kepimpinan UMNO dalam kerajaan mengakui kelemahan sistem pentadbiran & tidak sembunyi salah laku ketirisan dalam pembelanjaan dengan pengumuman dalam laporan audit Negara.

    - UMNO mengakui kepincangan pengurusan dalam hiburan kepada anak muda dengan acara yang terbuka. Tapi dalam masa yang sama barisan kepimpinan UMNO tetap menjalankan urusan agama dengan kepelbagaian kerja dakwah samaada dibawah JAKIM, Jbtn agama Islam Negeri, Unit Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri dan sebagainya.

    *Tapi UMNO tidak munafik dengan memakai pakaian agama, bercerita hal agama, tapi perbuatan bukannya mengambarkan orang yang beragama. UMNO tidak tikam belakang rakan-rakan dalam barisan nasioanal di MIC & MCA. Sepertimana PAS menikam PKR & DAP untuk menyertai UMNO dan mendapatkan jawatan dalam kerusi DUN atau pentadbiran negeri

    - UMNO tidak memburukkan rakan dlm BN sepertimana PAS,PKR & DAP dalam Pakatan Rakyat

    - UMNO ada Jabatan Audit negara tapi tidak PAS yang mengutip derma berpuluh juta seperti mana "Tabung Memali PAS' tapi duit tidak sampai kepada penerimanya mahupun ada laporan kutipan.

    - UMNO telah dikenalpasti pentadbiran yang berkesan & harmoni serta mesra rakyat. Bukannya PAS yang gagal memerintah dinegeri Terengganu, Perak mahupun Kedah yang hanya sepenggal. Malah kita boleh lihat PAS beriya-iya ingin 'MENCURI' pentadbiran dari rakan sekutunya dari negeri Selangor dan Pulau Pinang.

    - Para pemimpin UMNO selepas menang pilihanraya samaada PRU mahupun PRK akan kekerapan turun padang melawat kawasan yang ditandingi. Bukannya para pemimpin PAS yang menghilangkan diri dari rakyat selepas menang di Terrenganu, Kedah mahupun Perak serta Pulau Pinang dan Selangor.

    ReplyDelete
  2. - UMNO tidak maki hamun PAS dalam sebarang majlis berkaitan agama. Tapi ahli PAS boleh menilai sendiri bagaimana Ustaz2 agama yang tidak beragama ini memaki hamun UMNO dalam rumah Allah sbn dan mana2 program agamanya seperti Usrah dll.

    - UMNO sentiasa mencari jalan perbincangan bagi kepentingan rakyat. Tetapi ahli PAS boleh lihat pengurusan Parti PAS hanya membincangkan bagaimana caranya untuk merebut pemerintahan agar mereka dapat berkuasa dan mengumpul pangkat & harta. ahli Pas boleh lihat masalah dalaman PAS yang sebenarnya sentiasa bergolak dengan perebutan jawatan disemua peringkat. Ibarat kata dulang paku serpih. Mengata mencaci menfitnah UMNO bukan kata sebarang, tapi diri sendiri Parti PAS kemain lebih.

    - Pemuda UMNO sentiasa berjuang bersama UMNO mempertahankan UMNO dan bersama mengembleng menyumbang tenaga kpd masyarakat. Tapi Pemuda PAS berlainan pula. Sibuk mengejar pangkat. Sibuk mengutip dana sana sini tampa sebarang audit atau pembentangan penyata kepada ahli. Lihat bagaimana Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengutip dana bagi kepentingan sekolah sendiri tapi bukan sekolah dibawah parti yang mana beliau pada waktu itu menjadi mudirnya. Macammana jadi pengetua sekolah ini, tapi kutip dana sumbangan untuk kepentingan diri sendiri.

    - Pemuda UMNO tiada rekod menikam belakang rakan sendiri. Berlainan pula rekod pemuda PAS yang menikam rakan di beberapa buah negeri seperti di Kota Damansara, Selangor, Sg. Acheh P.Pinang dll.

    - UMNO seperti yang dimaklum tadi bukannya maksum. Tapi para ahli PAS boleh nilai sendiri bagaimana semua ahli PAS kena yakini Pemimpin @ Presiden mereka tidak akan buat salah. Ini berkaitan akidah. Pas Parti apa ini?
    PAS - Parti Ajaran Sesat!

    *Selain dpd yang dinyakan diatas terdapat pelbagai lagi salah laku para pemimpin di dalam PAS, PKR mahupun DAP yang diketahui ramai. Kita akui kesilapan kita dan buka kepada rakyat pelbagai forum untuk menegur dan memberi komen membina.

    Bukannya maki hamun, caci maki dan fitnah didalam majlis ilmu di rumah Allah sbn. Harap maklum dan sebarkan kepada semua rakyat jelata.

    ReplyDelete

Labels