Followers

Monday 15 September 2014

PRK #PengkalanKubor Kerana Terdesak Nik Aziz Di HERET Turun Berkempen


MMI sejak dua menjak ni ada sikit rasa simpati dekat Nik Aziz walaupun beliau pernah buat kerja gila sebelum ni.Mungkin kerana fitrah manusia agaknya apabila seseorang itu mengalami keuzuran maka rasa simpati itu hadir namun tidaklah sampai ke tahap menjadi penyokong parti PAS apatah lagi menjadi macai kepada bekas banduan si Nuar.

Sebagai manusia kita diajar untuk menghormati sesama kita dan itulah yang MMI jadikan sebagai asas kepada tiap apa jua yang dilakukan seharian.

Nik Aziz hari ini tidak lagi seperti dulu , mungkin atas faktor usia dan juga kesihatan maka beliau dilihat agak tenang dan tidak gopoh dalam memaki hamun mereka yang seagama dengannya.Mungkin Nik Aziz sendiri sedar bahawa apa yang telah beliau lakukan sebelum ini telah menyebabkan parti PAS hilang prinsipnya.

Malah beliau mungkin sudah nampak kesan daripada kegopohan politiknya menyebabkan PAS bukan sahaja terumbang-ambing tetapi terpalit dengan gerakan politik melampau seperti mana yang didedahkan oleh Nasrudin Tantawi tentang usaha menjatuhkan Presiden parti semalam.

Kini Nik Aziz yang kesihatannya sedikit terjejas turut dijadikan sebagai bahan untuk melariskan kempen PAS di Pengkalan Kubor.

Beliau diheret ke sana sini dengan harapan kehadirannya boleh menyumbang kepada kemenangan calon PAS.

Alo brader , tak ada langsung ka rasa hormat ampa dekat dia ? Tak terfikir ka tentang masalah kesihatan dia ? 

Tindakan yang MMI rasakan amat tidak wajar dilakukan oleh pimpinan PAS memandangkan Nik Aziz bukan sahaja dilihat tidak bermaya tetapi terpaksa pula membawa bersamanya bag berisi tiub kencingnya sendiri.

Bukankah lebih baik diwaktu ini pimpinan PAS membawa mereka-mereka daripada PKR dan DAP untuk membantu kempen PAS di Pengkalan Kubor !!

Rasanya itu lebih baik selain daripada dapat membuktikkan tahap solidariti Pakatan Haprak dalam berdepan PRK N01.

Soalnya mengapa tidak ??

Daripada bisik-bisik yang MMI dengar hubungan sesama sendiri dalam Pakatan Haprak pun tidaklah seerat dulu dan semua ini berlaku bersebab.

Dek kerana itu maka Nik Aziz perlu terus melayan permintaan anak buahnya demi untuk memenangkan calon kontraktor terpilih.

Sendiri tanggunglah !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels