Followers

Tuesday 16 September 2014

PRK #PengkalanKubor @KhairyKj Menang 5 - 4 !!


Keputusan akhirnya adalah YB Khairy Jamaluddin menang 5 mata berbalas 4 dalam satu pertandingan ping pong yang diadakan khas sempena kehadiran beliau ke PDM Geting semalam.YB Khairy yang dicabar oleh pemuda PDM Geting untuk bermain ping pong diberikan sambutan yang cukup meriah sewaktu berdepan dengan salah seorang pemuda terpilih.

Beliau yang cukup bersahaja ternyata menjadi perhatian banyak pihak semalam termasuk mereka yang bukan dari kalangan pemuda.Seperti biasa YB Khairy kekal dengan cara dan penampilannya sebagai seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang mudah didekati.

Sebelum itu YB Khairy sewaktu dalam rangka lawatannya semalam ke program santai bersama anak muda di 3 buah PDM dalam Pengkalan Kubor ternyata terkejut dengan sambutan yang cukup memberansangkan disetiap PDM yang dilawatinya.

Satu perkembangan menarik dan menampakkan sokongan orang muda kepada Barisan Nasional seterusnya menjadi titik tolak untuk memastikan kemenangan calon Hj Mat Razi Mat Ail.

Untuk rekod YB Khairy sejak petang semalam telah hadir dan bersama dalam program santai bersama anak muda bermula di PDM Pengkalan Kubor.Seterusnya di PDM Geting dan berakhir di PDM Simpangan.

PDM Pengkalan Kubor


PDM Geting


PDM Simpangan


Dikir Barat bersama anak muda di PDM Simpangan


Dengan sambutan yang cukup hebat dan pelbagai program yang disusun atur jelas menceriakan bukan sahaja YB Khairy tetapi juga anak-anak muda yang hadir menjayakan program tersebut.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels