Followers

Tuesday 16 September 2014

PRK #PengkalanKubor Title Ustaz Satu Pengiktirafan @ustazfathulbari


Tuduhan daripada calon PAS bahawa Hj Mat Razi Mat Ail calon Barisan Nasional bagi PRK Pengkalan Kubor tidak layak dipanggil ustaz kerana pernah bekerja sebagai penjawat awam dan berpakaian formal ketika menjalankan tugas mendapat reaksi banyak pihak.

Rata-rata yang ditemui jelas menganggap ianya merupakan satu tuduhan melampau memandangkan Hj Mat Razi sebelum ini sememangnya berperwatakan sedemikian.Malah beliau sendiri mengaku tidak pernah meminta mana-mana pihak memanggilnya dengan gelaran "Ustaz" namun itu gelaran yang diberikan masyarakat atas khidmat bakti beliau membina Pondok Agama Simpangan di sini.

“Soal panggilan adalah perkara biasa dan bukan satu masalah kepada saya. Kita sebagai pegawai kena pakai pakaian rasmi bila bertugas.

Bila di rumah saya berjubah dan perkara ini bukan dilakonkan. Kalau esok nak diumum jadi calon hari ini baharu nak berjubah, ia akan nampak ‘kekok’,” katanya kepada pemberita selepas bertemu penduduk di Kampung Kajang Sebidang dan Kampung Telok Jering semalam.

Dalam masa yang sama Ustaz Fathul Bari , Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang ditemui jelas menganggap tindakan calon PAS membuat tuduhan sedemikian sebagai sesuatu yang tidak wajar sama sekali sebaliknya menganggap ianya merupakan satu pengiktirafan daripada masyarakat.



PRK DUN Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mat Razi, Wan Rosdi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47.

PRK DUN itu diadakan berikutan kematian Noor Zahidi, 57, akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon  Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels