Followers

Wednesday 1 October 2014

ANWAR Tetap Di Hati AZMIN Bakal KEKAL Penasihat Ekonomi Selangor !!!

 

Walaupun beliau GAGAL menjadi ADUN Kajang dan kemudiannya GAGAL menjadikan Jijah Omega sebagai Menteri Besar , segala usaha dan perancangannya BERJAYA !! 

Walaupun PAS bermati-matian menolak Jijah Omega akhirnya Anwar juga yang berjaya secara individu selain dari bersama kumpulan elitnya.

Khalid Ibrahim sudah sah bukan lagi Menteri Besar satu kejayaan politik buat Anwar Ibrahim dan kini Azmin Ali sudah pun memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar yang baru.

Apakah Azmin punya haluannya yang tersendiri ?? Apakah Azmin punya hala tujunya sendiri ??

Sorry bro !! Semuanya untuk ANWAR ...

Sidang Media Menteri Besar Selangor Selepas Mesyuarat EXCO

Tarikh : 01/10/2014, Rabu
Masa : 2.40 Petang
Tempat : Tingkat 22, Bangunan SUK, Shah Alam
Anjuran : Pej. Menteri Besar Selangor

VIP : YAB Tuan Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor

Kenyataan Media :

1. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bersidang hari ini membincangkan secara khusus tentang pengagihan forfolio yang dipegang oleh setiap EXCO berasaskan penjenamaan baru dan penggabungan beberapa forfolio seperti berikut :

1.1. Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Kewangan, Pembangunan Tanah, Pengurusan Sumber Alam, MTES dan Penerangan
- YAB Tuan Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor.

1.2. Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Pelaburan, Perindustrian IKS/Perdagangan dan Pengangkutan.
- YB Dato' Teng Chang Khim

1.3. Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar
- YB Tuan Iskandar Abdul Samad

1.4. Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna
- YB Puan Elizabeth Wong Keat Ping

1.5. Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu
- YB Tuan Ean Yong Hian Wah

1.6. Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi
- YB Dr. Ahmad Yunus Hairi

1.7. Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga
- YB Dr. Daroyah Alwi

1.8. Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang
- YB Tuan Ganabatirau Veraman

1.9. Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi
- YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad

1.10. Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan
- YB Tuan Amirudin Shari

1.11. Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani
- YB Tuan Zaidy Abdul Talib

2. Mesyuarat EXCO juga memutuskan untuk mengkaji kadar kenaikan gaji empat jawatan utama iaitu Speaker, Timbalan Speaker, Menteri Besar dan EXCO yang akan dibentangkan pada Sidang DUN pada 17/11/2014 nanti.

Seperkara yang menarik adalah sesi soal jawab melibatkan Azmin dan pihak media !!

Soalan Media

1. Mengapa gaji ADUN tidak dikajisemula sepertimana empat jawatan utama tadi?

Azmin Ali : Tidak, kita tidak kaji kerana kadar gaji ADUN bersesuaian dengan peranan mereka di kawasan.

2. Adakah jawatan Timbalan Speaker akan diberikan kepada PAS dan siapakan calonnya?

Iskandar Samad : Tadi tidak bincangkan, akan dibincangkan nanti.

2. Adakah perjanjian pembinaan Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX) yang bertentang dengan manifesto PR akan dikajisemula?

Azmin Ali : Ya, kita akan semak semula dan ini pun kita akan bincangkan nanti.

3. Adakah perjanjian air yang telah ditandatangani oleh Tan Sri Khalid Ibrahim akan dikajisemula?

Azmin Ali : Ya, kita akan semak semula dokumen perjanjian mengambilkira kepentingan awam. Untuk makluman, esok ada taklimat oleh KDEB berhubung perjanjian air ini dan saya akan hadir.

4. Banjir kilat di Kajang dikaitkan dengan Kajang Move, apa pandangan YAB?

Azmin Ali : Kalau banjir berlaku ditempat lain, you nak kaitkan dengan apa? You nak salah apa?

5. Bagaimana kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor?

Azmin Ali : Kita akan perhalusi fungsi dan peranan Penasihat Ekonomi. Saya nak tegaskan, pada 22 September 2014 yang lalu, Tan Sri Khalid hanya menutup pejabat sahaja, dia ditutup serta-merta. Tetapi bukan memecat Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi, ini kena faham.

Well semuanya sudah terjawab !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels