Followers

Friday 3 October 2014

Apa Beza MALAYSIAN MALAYSIA & ASIA UNTUK ASIA


Democratic Action Party atau DAP adalah salah satu parti politik yang kini menjadi sebahagian daripada sistem pentadbiran negara Malaysia.Secara tidak sedar mereka sudah punya suara di Parlimen dan punya kuasa di negeri Pulau Pinang.

Itu secara zahirnya , selebihnya DAP sudah pun mampu menundukkan sebahagian daripada mereka yang mengaku pejuang Islam !

Sejak dulu kita tahu tujuan dan matlamat parti ini tidak lain dan tidak bukan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang punya kesamarataan walaupun hakikatnya laungan kesamarataan itu hanyalah sekadar gula-gula sebelum berkuasa.

Ceritanya lebih kurang peristiwa Jepun menawan Tanah Melayu , sebelum Jepun sampai ke Tanah Melayu berlaku kempen secara besar-besaran dengan laungan "Asia Untuk Asia" seterusnya mencuri hati sebahagian daripada kita.

Akhirnya apa berlaku ?? Bukan setakat kena makan ubi kayu , makan penampaq lagi ada ! Itu belum kira yang dikerah jadi buruh landasan keretapi dengan elaun penyakit MALARIA !!

Kini perkara yang hampir sama berulang cuma suasana dan kaedahnya berbeza.Lihat sahaja apa berlaku di Pulau Pinang dan lihat juga pengaruh serta doktrin DAP terhadap PAS dan PKR.

Pengkalan Kubor contohnya walaupun tiada kelibat DAP , PAS tetap tunduk.Malahan sikap pemimpin PAS juga sudah semakin berubah , kaedah menghalalkan cara sudah sebati terkini lihat sahaja apa yang dilakukan oleh si Khalid Samad Baca SINI

Kenapa semua itu berlaku ? Tidak lain dan tidak bukan ruang yang dibuka seluas-luasnya oleh sebahagian daripada kita atas nama Tahaluf Siyasi bukan sahaja mengangkat darjat DAP tetapi meletakkan MARUAH Melayu kembali sebagai BURUH LANDASAN KERETAPI !!

MMI tertarik dengan ulasan daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin tentang DAP yang disiarkan oleh mediaumno baru-baru ini.

Beliau menyelar kenyataan kepimpinan Dap yang secara berterusan mendakwa UMNO bersikap rasis dan zalim pada rakyat di negara ini sedangkan hakikat sebenarnya merekalah yang bersikap demikian malah tergamak untuk menzalimi rakyat miskin di bawah pemerintahan mereka.

Menurut beliau,  sebagai contoh kezaliman dan sikap rasis Dap adalah berhubung isu pengusiran penduduk di dua buah kampung iaitu Kampung Mutiara di Teluk Bahang dan Kampung Selut di Sungai Pinang sepertimana yang didedahkan oleh pengerusi Biro Tanah Pas, Mazlan Aliman melalui sebuah portal pro pembangkang.

“Apa yang berlaku pada penduduk kampung Melayu di Pulau Pinang itu seharusnya membuka mata dan minda rakyat, siapa itu Dap yang sebenarnya. Rakyat hanya dipergunakan untuk kepentingan politik mereka semata-mata dan setelah mendapat kuasa, permasalahan dan keluhan rakyat marhain langsung tidak dipedulikan.

“Mereka lebih mementingkan pembangunan rumah-rumah mewah dan langsung tidak mempedulikan nasib rakyat miskin dan sederhana di negeri itu. Saya kira jika mahu memberikan contoh parti politik yang rasis dan zalim di negara ini ianya perlu dirujuk kepada Dap dan bukannya UMNO.

“Dap tuduh UMNO sebagai sebuah parti yang rasis dan zalim sedangkan hakikatnya merekalah yang zalim dan rasis. Jika UMNO rasis dan zalim, maka tidak akan ada orang bukan Melayu yang berjaya dalam perniagaan, pelajaran dan mampu menikmati kehidupan yang selesa dan sempurna di negara ini,” jelas beliau kepada UMNO-Online.

Katanya lagi, ini amat berbeza dengan pendekatan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memikirkan nasib semua lapisan rakyat di negara ini tanpa mengira agama dan bangsa.

“Tetapi malangnya rakyat kita hari ini begitu mudah terpengaruh dengan dakyah dan fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang bagi mewujudkan persepsi yang negatif terhadap UMNO dan BN selama ini.

“Akibatnya, ada segelintir dari rakyat kita yang tetap memandang baik apa saja perbuatan dan pandangan pembangkang biarpun ia terang-terang merupakan bercanggah dengan budaya dan tatacara hidup rakyat di negara ini.

“Sedangkan jelas, selama ini dibawah pemerintahan BN semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama dapat menikmati hasil pembangunan negara dengan saksama dan kerajaan BN tidak pernah secara sengaja untuk meminggirkan mana-mana kaum di negara ini untuk menafikan hak mereka menikmati segala kemakmuran yang ada.

“Namun, Dap baru saja dapat memerintah sebuah negeri tanpa segan silu memperlihatkan belang mereka dengan bersikap rasis, tidak adil serta menzalimi rakyat di Pulau Pinang, khususnya orang-orang Melayu di sana. Bagi saya, jika kita mahu contoh sebuah parti politik dan kerajaan negeri yang rasis dan zalim, Dap merupakan satu contoh yang terbaik untuk itu,” tegasnya.  

Mungkin hari ini ada sebahagian daripada kita kurang berpuas hati dengan apa yang sedang berlaku , pengurangan subsidi petrol menyebabkan banyak pihak merungut,Tetapi secara rasionalnya kerajaan masih mengekalkan subsidi petrol cuma dikurangkan.

Dalam masa yang sama DAP di Pulau Pinang turut melakukan perkara yang sama tapi hairan masih kurang mereka-mereka diluar sana yang sedar tentang apa yang telah berlaku.

Di Pulau Pinang cukai katil di setiap hotel telah dikenakan kepada semua pihak , tarif air dinaikkan , cukai pintu dinaikkan ,  janji untuk memansuhkan tol Sungai Nyior dah masuk tahun ke 6 , memansuhkan caj parking tinggal janji dan beberapa lagi perkara lain yang sebenarnya membebankan rakyat.

Apa yang pasti MMI nak ingatkan kepada semua , keadaan dan suasana sebeginilah yang berlaku sebelum JEPUN menjajah Tanah Melayu !! Fikirkan ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels