Followers

Thursday 23 October 2014

BEHIND THE SCENES Isu VIDEO & Azhar Idrus !! PART 1


MMI masih ingat satu ketika dulu sewaktu diawal-awal kemunculan Ustaz Azhar Idrus , ramai anak-anak muda sebenarnya tertarik dengan cara dan kaedah penyampaian dakwahnya yang berbeza dan punya trademark tersendiri.

Bahkan sewaktu MMI mengunjungi pusat-pusat siber atau kafe siber di sekitar kawasan , jelas memperlihatkan keterujaan anak-anak muda untuk mengikuti siri-siri dakwahnya melalui saluran You Tube.Sesuatu yang jarang-jarang MMI jumpa memandangkan golongan ini bukanlah dikalangan mereka yang sering hadir ke kuliah-kuliah agama mahupun kelas-kelas pengajian yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib.

Satu fenomena besar sebenarnya kerana Azhar Idrus MAMPU menarik perhatian anak-anak muda yang kebanyakkan punya perwatakan Punk , Black , atau apa sahaja trend yang sering menjadi pilihan anak muda.

Bukan mudah sebenarnya untuk kita dapatkan perhatian golongan ini tetapi dengan hadirnya Azhar Idrus maka fenomena yang jarang berlaku seharusnya disokong.

Dalam pada itu MMI turut teruja dengan kehadiran beberapa lagi pendakwah diluar sana yang punya cara dan stail tersendiri dalam menyampaikan dakwah mereka.Pendakwah seperti Ustaz Kazim Elias, Ustaz Bollywood dan Ustaz Don antara barisan pendakwah yang sama hebatnya dengan Azhar Idrus. 

Masing-masing punya pengikut tersendiri dan berupaya untuk membangkitkan rasa mereka-mereka diluar sana tanpa mengira had umur untuk sama-sama mendekati majlis ILMU yang sewajarnya pada pandangan MMI kita sokong.

Sesuatu yang perlu kita sedar adalah keupayaan pendakwah-pendakwah ini untuk menghimpunkan ribuah manusia untuk hadir ke majlis dan program yang diadakan malah menyamai atau mengatasi kehadiran mereka-mereka dalam siri kempen politik seperti mana yang berlaku sebelum ini.

Jika Anwar Ibrahim sebelum ini mendabik dada kononnya ribuan rakyat boleh hadir membawa segala tikar mengkuang dan kerusi untuk mendengar ceramah politiknya , pendakwah seperti yang MMI sebutkan diatas juga telah membuktikan yang mereka juga mampu berbuat demikian.

Hebat bukan ?? 

Namun kehendak POLITIK kadang-kalanya mengheret sesuatu yang indah itu menjadi sebaliknya.

MMI tak nafikan bahawa Azhar Idrus dilihat lebih cenderung kepada pihak pembangkang dan turut hadir bersama-sama dalam program mereka.Maka kerana itu beliau di label sebagai Ustaz pro-pembangkang.

Satu perkara biasa bagi MMI kerana Ustaz Kazim juga mengalami perkara yang sama.Beliau yang sebelum ini dilihat sering kali hadir dalam program-program melibatkan anjuran badan kerajaan mahupun parti politik pro-kerajaan turut menerima tempias yang sama.

Bahkan beliau lebih teruk dikutuk serta dicaci oleh sebahagian besar penggerak politik diluar sana apabila kepimpinan YAB PM kita menawarkan kepada beliau untuk dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti UMNO satu ketika dulu.

So tidak ada apa yang membezakan kedua-duanya selain daripada mereka tetap pendakwah !!

Maka secara jujurnya kedua-dua pihak mempunyai kecenderungan terhadap politik cumanya pendekatan yang digunakan adalah berbeza.Ini dapat dilihat daripada kedua-dua pendakwah ini dalam penyampaian mereka.

Untuk itu MMI rasa sama ada pembangkang mahupun kerajaan kita sewajarnya berbangga kerana dikurniakan barisan pendakwah yang mampu menarik orang ramai untuk hadir dan mengatasi jumlah kehadiran mereka yang lain dalam majlis politik.Sesuatu yang menarik sebenarnya...

GEMPAR !!

Video Ustaz Azhar Idrus dalam keadaan mengaibkan mula tersebar !!


Apakah ada mana-mana rakaman milik peribadi terlepas disebabkan kecuaian sendiri ? Atau ada mana-mana pihak yang telah menggodam apa sahaja akaun milik Azhar Idrus seperti yang berlaku sebelum ini melibatkan artis-artis di luar negara ? Atau ada pihak-pihak tertentu yang cuba memburukkan Azhar Idrus ?

Atau ada pihak tertentu yang punya agenda tersendiri ??

Bersambung di Part 2

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels