Followers

Tuesday 21 October 2014

Dah Sampai Masa Kita Gerakkan Usaha Untuk #MansuhkanMajlisPeguam


MMI tumpang setuju dengan siapa jua yang telah menggerakkan usaha untuk memansuhkan Majlis Peguam ni sebab selama ia wujud rasanya langsung tak menyumbang kepada kebaikan negara dan rakyat.

Sebagai Majlis Peguam sepatutnya merekalah yang paling ke depan untuk membantu setiap warga Malaysia yang memerlukan bantuan dari segi perundangan khusus dalam isu-isu atau kes yang lebih mencerminkan tahap profesional mereka yang mengaku peguam.

Bukannya asyik berpolitik dan bersekongkol dengan puak-puak yang saban waktu cuba merosakkan negara dan menjejaskan imej negara di mata dunia.

Seperti yang dinyatakan oleh sahabat blog theunspinners - Hari itu mahu Akta Penerbitan dan percetakan dimansuhkan. Lagi gila mahu Akta Pencegahan Dadah dimansuhkan. Sekarang pula Akta OSA.

Mereka seolah-olah mahu supaya tiada undang-undang dalam Malaysia. Kalau begitu, elok saja jika Majlis Peguam itu dimansuhkan atau dibenarkan mereka saja sebagai badan profesyenal untuk profesyen guaman.

Pinda AKta Paguam supaya badan iktiraf lain untuk peguam dibenarkan tertubuh sebagaimana akauntan ada banyak badan-badan accredition dan jaga standard piawaian profesyen. 

Dengan tiada perlunya majlis peguam dibayar yuran dan mereka tak boleh terima wang darii sumber lain, barulah mereka bersikap lebih profesyenal. 

Lagi satu MMI nak sarankan supaya pihak SPR meneliti semula proses untuk menjadi wakil rakyat ni , Peguam merupakan salah satu kerjaya profesional dan seharusnya bagi mereka (peguam) yang mahu bertanding dalam mana-mana pilihanraya di Malaysia semestinya meletakkan jawatan sebagai seorang peguam.

Ini disebabkan apabila mereka dipilih sebagai wakil rakyat maka tahap profesional mereka akan lebih terarah kepada ideologi politik yang dipilih.

Semua orang perasan benda ni !!!

Lagi satu kalau pihak berwajib tak mau mansuh Majlis Peguam , MMI nak sarankan tukar ja nama tu Majlis Peguam BERPOLITIK senang sikit !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels