Followers

Friday 17 October 2014

DAP Angkat Golongan Minoriti Dalam Dasarnya BETOI KA ????


Naik bebulu MMI apabila membaca wawancara bersama Guan Eng yang disiarkan oleh portal RoketKini hari ini.Bukan MMI nak menentang memvavi-buta tetapi sepanjang wawancara tersebut Guan Eng langsung tak menyentuh tentang kelemahan yang beliau dan rejimnya lakukan di Pulau Pinang.

Betoilah orang kata dah itu portal pro DAP takkan nak cerita tentang kelemahan depa ! Tapi ampa mau pikiaq gang , Guan Eng ni bukan main melalak lagi kononnya dasar kerajaan DAP di Pulau Pinang ni adalah yang terbaik dalam semua-semua dasar yang dok ada.

Agak-agaklah .. isu perumahan dan isu kegagalan menarik pelabur sehingga menyebabkan FDI menyusut sebanyak RM9 bilion tu apa cer ?

Ditambah pula dengan kampung demi kampung yang nak dihalaunya tu !! hebat sangat ka dasar kucing kurap DAP tu ??

Lagi teruk bila dia bercakap tentang mengangkat golongan minoriti di Pulau Pinang !!

Pulau Pinang mengangkat golongan minoriti dalam dasarnya sehingga dihormati kawan dan disegani lawan politik. Apa yang dilakukan kerajaan negeri sehingga orang ramai sering menyebut Pulau Pinang sebagai model baik pentadbiran?

Kita mendapat sambutan yang sangat baik dari pihak swasta dan kementerian tertentu. Contohnya Kementerian Pelancongan. Dahulu hubungannya tidak berapa baik, tetapi sekarang menterinya lebih matang. Peningkatan pelancong ke Pulau Pinang sebenarnya menguntungkan Kerajaan Pusat. Maka, kementerian tersebut memutuskan, mengapa tidak jika diadakan kerjasama?

Begitu juga usaha menarik pelabur ke Pulau Pinang. Yang mendapat manfaat besar melalui cukai dan sebagainya adalah kerajaan Pusat. Dalam perkara ini tidak usah kita bermain politik, kelak memakan diri. Kita jangan bersikap ‘meludah ke langit, nanti jatuh ke muka sendiri’.

Untuk mengangkat hak minoriti, Pulau Pinang contohnya menubuhkan Pusat Dialisis CAT. Kita negeri pertama di Malaysia yang menubuhkan pusat dialisis untuk mereka yang kurang berkemampuan. Malah, kita bercadang untuk menubuhkannya di setiap daerah dan bermula di kawasan kampung di Balik Pulau. Pada awalnya orang ramai ragu-ragu. Namun atas kerjasama kerajaan negeri dan pihak swasta, langkah ini kemudiannya dipuji.

Kerajaan Pulau Pinang turut menyumbangkan wang bantuan kepada pemandu teksi sebanyak RM600 setahun. Kita satu-satunya negeri di Malaysia yang menjalankan dasar ini sampaikan pemandu teksi di negeri lain ‘merah mata’. Dalam masa sama mereka kagum dengan cara Pulau Pinang mengambil berat terhadap kebajikan pemandu teksi. Begitu juga dengan bantuan RM100 sebulan kepada penarik beca.

Alo brader yang nak spin pasai pelabur tu kenapa ? Kalau dah kemasukan pelabur tu boleh menguntungkan kerajaan pusat , kerajaan negeri tak dapat apa-apa ka ? 

Penubuhan Pusat Dialisis ? Benda ni dia dok bercakap sejak dari 2008 lagi , MMI antara yang dok perati benda ni dan sampai ke hari ini pernah kita tengok di Guan Eng ni pi rasmi pusat dialisis ? Kalau ada pun kenapa selepas lebih dari 5 tahun baru nak buat ? Kenapa perlu tunggu sampai 2 penggal sedangkan itu janji semasa PRU12 yang lalu ?

Kerajaan negeri sumbang RM600 setahun kepada pemandu teksi ? Bila puak DAP mula bagi sumbangan ni ? Agak-agaklah ... Apa yang rejim DAP buat ni copy paste dari skim bantuan kerajaan kepada pemandu teksi melalui TR1MA.

Nak bagitau juga kepada Guan Eng , lebih dari 70 ribu pemandu teksi diseluruh negara mendapat manafaat daripada skim TR1MA yang di ilhamkan oleh YAB Perdana Menteri termasuk di negeri Pulau Pinang.

So apa yang barunya ? Apa idea terbaik sangat tu yang Guan Eng buat di Pulau Pinang ?

Orang Melayu makin tersisih dengan gerakan terancang menghalau serta melenyapkan kampung-kampung , Banjir kilat semakin kerap berlaku , naikkan surcaj air , kenakan cukai katil kepada penginap di hotel , melanjutkan tempoh masa bagi caj parking kenderaan , pembinaan rumah mampu milik yang hanya tinggal janji , menyekat permohonan agensi kerajaan pusat untuk membina rumah , sikap double standard terhadap peniaga Melayu dengan melebihkan kaum cina dan banyak lagi.

Kalau itulah yang Guan Eng kata mengangkat golongan minoriti rasanya dia berbohong lagi !!!

Model baik pentadbiran ?? Huh jauh api dari panggang !!!

Baca artikel berkaitan di SINI , SINI & SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels