Followers

Wednesday 15 October 2014

Giliran ULAMA PAS Pula MENGELUH !!


Jangan tanya MMI sama ada salinan surat kat atas tu benar atau tidak sebab ianya sedang tersebar di media sosial.Sama ada benar atau tidak MMI yakin sedikit sebanyak ianya memberikan kita satu pencerahan betapa kedudukan ulama dalam parti PAS hari ini umpama patung yang tidak bernyawa.

Dah lama perkara ni berlaku dalam parti PAS cuma ianya tidak diheboh-hebohkan.Malahan beberapa kepimpinan PAS sendiri seperti Khaid Samad pernah menyatakan bahawa setiap keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS tidak akan menjadi dasar parti selagi mana ianya tidak dipersetujui oleh Jawatankuasa PAS Pusat yang terdiri daripada jawatankuasa eksekutif parti termasuk Presiden dan lain-lainnya.

Jadi secara mudahnya untuk apa Dewan Ulama PAS diwujudkan ?

Paling menyedihkan adalah tiap keputusan dan pandangan ulama PAS seperti Harun Din langsung tidak diguna pakai.Sebaliknya kepimpinan PAS boleh pula memberikan sokongan padu terhadap perjuangan sekelompok manusia yang lebih mahukan nama tuhan orang lain dari nama tuhan sendiri.

BUKTI lihat sahaja isu kalimah Allah , pandangan Harun Din JELAS kalimah itu milik orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh mana-mana pihak lain tetapi masih ada pemimpin seperti Mujahid yang memberikan sokongan supaya kalimah Allah itu dikongsi dengan mereka yang bukan Islam.

Pada ketika itu dimana Nik Aziz ? Mana pemimpin lain yang punya kuasa untuk menentukan hala tuju parti PAS ? Malah dalam keadaan orang luar mengasak sebahagian daripada kita , PAS masih berdiam diri mungkin kerana terlalu percayakan Tahaluf Siyasi ciptaan PAS sendiri.

Kehadiran Nik Aziz sebagai pemimpin ulung PAS dan peranannya sebagai ulama dalam PAS ! Rasanya boleh diragui .. Apakah tindakan beliau selama ini bersifat seorang ulama ? Baca SINI 

Tidak ada apa yang istimewanya PAS pada hari ini melainkan membiarkan maruah parti itu dicarik-carik oleh mereka yang PAS anggap sahabat.

Kesian , MMI kesian kerana PAS masih lagi membisu dan mengharapkan sesuatu yang hampir mustahil untuk berlaku !! Sedarlah bahawa DAP tidak akan sesekali bersetuju dengan kamu apatah lagi sekiranya mereka perlu membuang jauh-jauh ideologi sosialis yang selama ini mereka pertahankan.

Pemergian Karpal Singh tidak bererti kata-kata supaya melangkah mayatnya sebelum melaksanakan negara Islam berkubur.Jasad dan roh Karpal mungkin sudah hilang didunia tetapi ideologinya masih segar bugar dibawa generasi selepasnya.

Apa lagi yang diharapkan PAS ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels