Followers

Monday 13 October 2014

Khalid BUKTIKAN PAS Sudah Mula Ikut Saranan Mat Sabu !!


Nampaknya Khalid Samad betul-betul bertongkat DAP apabila beliau diberitakan mempertahankan DAP di Dewan Rakyat hari ini.

Tak ada yang memeranjatkan sangat bagi MMI kalau si Khalid ni yang bangun dan buka mulut.Sebabnya selama ni Ahli Parlimen Shah Alam ni selalu sangat melebihkan DAP dan PKR.Parti sendiri pula rasanya digunakan untuk mendapatkan kedudukan ja.
Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata, PAS adalah tulang belakang kepada komponen parti dalam Pakatan Rakyat (PR) meskipun kemelut menteri besar Selangor sebelum ini menyaksikan parti Islam itu bertelagah dengan DAP dan PKR.
Annuar berkata, lebih baik PAS bersama dengan Barisan Nasional (BN) daripada terus dibuli rakan-rakan dalam PR.
"PAS marilah duduk bersama BN," katanya ketika perbahasan Belanjawan 2015 di Dewan Rakyat Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
"PKR dan DAP buli PAS, turut buli bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Mereka lupa kekuatan DAP dan PKR datang daripada PAS," katanya.
Kenyataan itu kemudiannya disambut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang bangun dan menegaskan PAS tidak akan "termakan umpan" yang dihulurkan Umno untuk menyertai BN.
"Ucapan Ketereh amat melucukan, macam nak cuba beri umpan. Beliau kata kita orang lama, minta maaf Ketereh, kita tidak termakan umpan," kata Khalid ketika membalas hujah daripada Annuar.
Annuar kemudiannya memuji PAS kerana mempunyai pendirian yang teguh meskipun diasak kepimpinan DAP dan PKR.
"PAS tidak akan hancur kerana mereka istiqamah dalam perjuangan mereka, yang hancur parti lain," kata Annuar.
Khalid kemudian bangun sekali lagi dan menegaskan kebersamaan PAS bersama PR berjaya menjadikan sokongan mereka meningkat sehingga 52% ketika pilihan raya umum 2013.
"Apa nak bangga sangat dengan 52%, kalau orang buli," kata Annuar.
"Saya tidak salahkan Shah Alam, beliau tidak tahu," kata pemimpin Umno itu.sumber 
Berdasarkan apa yang telah berlaku maka dapatlah MMI simpulkan bahawa Khalid sudah pun memulakan gerak kerjanya dan menerima saranan Timbalan Presiden PAS , Mat Sabu yang baru-baru ni sudah pun menyatakan dengan jelas agar parti PAS melakukan perubahan dengan mengikut jejak DAP.

Baca selanjutnya di SINI 


"PAS perlu meniru DAP dalam taktik politik iaitu dengan berpura-pura seperti mengambil berat tentang keadilan sosial walaupun hakikatnya ia hanyalah satu lakonan semata-mata dan bertujuan untuk memancing perhatian dan sokongan semata-mata." Fuh hebat bukan ? Begitulah antara kata-kata Mat Sabu.

Macam yang MMI sebut tadi , tak berapa kisah sangat bab Khalid ni sebab memang dah kiblat ke arah tu cuma MMI nak ucap tahniah kepada seluruh penyokong PAS sebab tak lama lagi ampa akan bersama-sama menjadi DAP sepenuhnya.

Apa dia ? Oh bukan masuk DAP tapi tukar parti !! Parti apa ?? Hmm dengaq kata PASMA !! Betoi ker ???

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels