Followers

Tuesday 14 October 2014

Lagi Kampung MELAYU Akan Di ROBOHKAN , Ada Sapa Lagi Selepas Iszuree Yang BERANI TEGUR Guan Eng ?!!!


Nampaknya rejim DAP semakin rakus untuk menghalau penduduk Melayu keluar dari Pulau Pinang ! Kalau apa yang berlaku ini disebut sebagai bencana maka ia mengingatkan MMI kepada insiden yang pernah berlaku di bumi Bosnia Herzegovina satu ketika dulu.Etnik Cleansing atau pembersihan etnik yang kemudiannya menjadi satu malapetaka besar yang menyebabkan sebahagian besar umat Islam di sana dibunuh dengan kejam.

Di Pulau Pinang pun keadaannya sudah semakin sama cuma tidak berlaku pembunuhan melibatkan nyawa tetapi pembunuhan melibatkan hak dan juga kerjaya.Hak orang Melayu di Pulau Pinang langsung tidak dihiraukan bahkan saban waktu sedikit demi sedikit mereka dihalau dari kampung halaman sendiri.

Pemimpin UMNO dan BN pula jangan cakaplah , si Guan Eng dengan konco-konconya hanya menganggap kritikan , teguran , desakan mereka sekadar mainan politik memandangkan mereka tidak punya kuasa di negeri tersebut.

Nak harap pemimpin Melayu dalam PKR ? Rasanya lebih banyak mengurut batang tengkuk Guan Eng daripada menjadi pemimpin orang Melayu itu sendiri.Puak-puak ni dah lama hilang Melayunya sebab terlalu obses dengan cara dan ideologi DAP.Jangan sampai hilang agama sudah !!!

Nak harap pemimpin PAS ? Adehh sapa yang berani sangat tu ? Mat Sabu ???? Yang ni BARUA paling besaq dalam PAS dan MUSIBAT yang mementingkan diri sendiri.Nak jaga orang Melayu di Pulau Pinang ? Hmm makan babi dengan Guan Eng lagi sedap dari makan ayam dengan Najib..Fikirlah !!

Cuma seorang sahaja yang agak berani sikit , tampil dan menyatakan keluh-kesahnya dalam muktamar parti PAS baru-baru ni itupun dah kena PECAT dah !! Tak sampai seminggu si Iszuree ni berucap nahhh diPECAT dari semua jawatan.MMI rasa kalau si Iszuree ni tau dia akan kena pecat rasanya dia sendiri pun tak akan berucap di muktamar PAS !

Bayangkan sapa lagi yang mengaku pemimpin berjiwa rakyat dalam Pakatan Haprak yang hari ini BERANI TAMPIL untuk mempertahankan orang Melayu di Kampung Mutiara Batu Ferringgi ?



PULAU PINANG 13 Okt. – Sebuah lagi perkampungan Melayu di negeri ini iaitu Kampung Mutiara, Batu Feringgi bakal hilang dari peta apabila lebih 200 penduduknya diarahkan mengosongkan kediaman mereka masing – masing.
Kampung berkenaan yang terletak berhampiran lokasi pelancongan popular di sini wujud sejak tahun 1950-an lagi dan menempatkan lebih 200 penduduk membabitkan 48 keluarga.
Hari ini sebahagian besar penduduk kampung   mengadakan demonstrasi dalam keadaan penuh emosi bagi menyuarakan nasib mereka yang diarahkan berpindah tanpa pampasan dan rumah ganti.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) , Ismadi Abu Bakar berkata, masalah mereka bermula pada tahun 2007 apabila tuan tanah yang berpengkalan di Selangor menyerahkan notis pengosongan kepada mereka.
Menurutnya,  keadaan bertambah sukar  pada tahun 2012 apabila mereka diarah berpindah dan notis terakhir yang diserahkan ialah tiga bulan lalu.
”Sehubungan itu, kami meminta pihak berkuasa campur tangan bagi membantu penduduk di sini yang tersepit. Majoritinya adalah penduduk asal di Batu Feringgi dan ke mana kami hendak berpindah selepas ini,” katanya.
Terdahulu, Ismadi bersama kira-kira 100 penduduk mengadakan demonstrasi sambil mendesak supaya keadilan diberikan kepada mereka.
Pelbagai sepanduk turut dibawa antaranya bertulis ‘ Jangan Halau Kami’, Kami Diusir Tanpa Pampasan’ dan ‘ Tuan Tanah Tidak Berperikemanusian’ malah ada yang tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata.
Katanya, kawasan itu  bukanlah perkampungan haram kerana diiktiraf kerajaan dan pernah mendapat anugerah Johan Kampung Terbaik di negeri ini dan mempersoalkan kenapa tidak digazetkan sebagai kampung warisan.
”Arahan ini membabitkan 48 rumah penduduk yang terletak di lot A dan B dan kami tidak dimaklumkan, pembangunan apa yang mahu dilaksanakan di sini,” katanya.
Seorang penduduk, Che Melor Othman, 48, berkata, dia berikrar untuk mempertahankan haknya sebagai penduduk kampung berkenaan dan menuntut supaya pemilik tanah lebih bertimbang rasa.
”Bagaimana saya, suami serta empat anak mahu meneruskan kehidupan kerana kami dihalau tanpa dibayar walaupun satu sen.
”Majoritinya kami menuntut supaya diberikan rumah di kawasan ini juga kerana kami anak jati  dan hidup mati di sini,” katanya.
Saudara kembarnya, Che Bunga Othman berkata, mereka mahu terus menetap di situ kerana terdapat masjid di kawasan berhampiran selain mewarisi tempat itu dari nenek moyang.
”Jangan main- main dengan kami orang Melayu di sini kerana apabila keadaan mendesak seperti ini, kami bangkit mempertahankan hak masing- masing,” katanya.
Aminah Said, 51, pula berkata, keluarganya terpaksa menanggung kerugian yang besar kerana rumah bakal musnah selain perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk menyewa atau membeli rumah baru di negeri ini yang sangat mahal.
”Saya hanya suri rumah yang mempunyai tiga orang anak.Mana hendak cari duit untuk berpindah. Ini tempat kami,” katanya.
Perhimpunan berkenaan yang berlangsung selama sejam dengan kawalan ketat pihak polis berakhir dengan bacaan doa - UM

Kita hanya mampu melihat apabila kuasa kini milik orang lain , terimalah hakikat ini walaupun pahit.Apa lagi yang boleh penduduk Kampung Mutiara lakukan selain dari berdoa.

" Air mata darah bercampur keringat , Bumi dipijak milik orang ... Indahnya bumi kita , Warisan berkurun lamanya , Hasil mengalir ke tangan yang lain , Kita kan merintih sendiri "

Baca juga artikel berkaitan di SINI 

MMI

2 comments:

  1. Dah nampak perangai kominis DAPpigs tu pun masih ada lagi melayu musibat yang dok sokong depa.....Pas-pisss-pusssy tu tunggu apa lagi....keluaq lah dari PR. Ko orang tu setakan KELDAI saja kat mata DAPpigs dan P'Gay'R. Ko orang tu semua berguna masa time PRU saja buat jadi KELDAI tarik pedati saja tau....

    ReplyDelete
  2. Bumiputra sepatutnya ada TANAHAIR (negeri/negara) dan berhak/berupaya mempertahankan haknya. Sayangnya di P.Pinang bumiputranya tiada lagi TANAH, hanya tinggal AIR yg dijaga oleh Mat Sabu (dgn ikhsan LGE). Tahaluf Siyasi yg merugikan.

    ReplyDelete

Labels