Followers

Thursday 9 October 2014

MILO Kini MILIK DAP ?!!


Nampaknya kita dah boleh BOIKOT MILO pula lepas nih...

DAP barangkali kalau ditanya akan memberi jawapan, mereka tidak merasuah pengundi dan hadirin yang datang mendengar ceramah mereka di Paya Terubong. Sebaliknya akan menyatakan bahawa ia adalah salah satu bentuk bantuan kepada rakyat yang disediakan oleh DAP dengan penuh baik hati.

Mengata orang memang sedap. Tetapi bila terkena ke batang hidung sendiri, bukan sahaja dibela, bahkan dikatakan orang lain sibuk menjaga tepi kain mereka. Lebih malang lagi ialah apabila dikatakan pula, pihak yang melakukan pendedahan sebagai RASIS dan chauvinist serta berdengki hati kerana DAP mampu memberikan bantuan kepada rakyat.

Sedangkan hakikatnya, bukan rahsia lagi bagaimana DAP menggunakan orang-orang mereka yang menguasai pasaran menerusi peranan orang tengah, pemborong dan peruncit untuk segera menaikkan harga bagi memberikan gambaran betapa buruknya Kerajaan Malaysia yang telah menaikkan harga demi memenuhkan kantung selepas kerajaan boros berbelanja.

Hakikatnya naik turun harga barangan seharian ditentukan oleh pemborong, orang tengah dan peruncit yang sebahagian besar daripada mereka bernaung di bawah persatuan-persatuan yang memberikan taat setia bahkan menjadi sumber kewangan kepada DAP.

Mereka menjadi senjata utama DAP. Dan ini kita boleh perhatikan bagaimana DAP menggunakan senjata utama mereka untuk meraih sokongan daripada rakyat Malaysia.

TIN MILO BESAR UNTUK MENGEMIS SOKONGAN!!!

Kita tunggu apa penjelasan Nestle yang mengeluarkan produk Milo nih walaupun Nestle sebenarnya tidak terlibat dalam perbuatan ini sebaliknya ada pihak lain yang menyarung pelekat baru pada tin tersebut untuk menunjukkan apa yang tidak sepatutnya ditunjukkan.sumber

MMI

2 comments:

  1. Nestle dah mmg dlm senarai boikot..kt pasaraya sale gila2 nak suruh org beli...poorah

    ReplyDelete
  2. Bodo belake...jelas sangat edit..cube la tengok betul2 lain kali sebelum nak buat ape2..photoshop tahap budak sekolah.

    ReplyDelete

Labels