Followers

Wednesday 1 October 2014

PAS Alami Krisis Identiti Sukar BEZAKAN Antara MARUAH & POLITIK


Semenjak dikeldaikan secara terang-terangan PAS masih lagi menyimpan hasrat untuk kekal bersahabat dengan DAP.Entah apa yang dah merasuk jiwa pimpinan dan ahli-ahli PAS sampaikan tidur malam mereka asyik diulit dengan mimpi bertemu Kit Siang dan Guan Eng.

Apakah mereka tidak sedar dengan apa yang berlaku terhadap umat sebangsa dengan mereka di Pulau Pinang ?

Atau PAS sengaja buat-buat tak nampak dengan apa yang telah berlaku di Pengkalan Kubor apabila DAP langsung tidak membantu jentera mereka ? 

Barangkali PAS masih lagi khayal dengan sokongan DAP untuk membenarkan kalimah Allah diguna pakai oleh bukan Islam ?

Mungkin juga PAS terlupa bahawa mereka bukan sahaja pernah tetapi berkali-kali diHALAU keluar dari Pakatan Haprak hanya kerana cubaan mempertahankan pendirian parti ?

Ketaksuban terhadap seorang bekas banduan merupakan punca utama mengapa PAS kini terkial-kial mencari jalan pulang setelah parti sendiri dirobek-robek oleh segelintir mereka yang mengaku berpegang kepada perjuangan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM !

Membangun apa kalau parti sendiri pun disarankan supaya mengikut jejak dan agenda DAP ???

Kini keadaan semakin PARAH !! 
Khabarnya pada waktu ini Jawatankuasa Penyelidikan Dewan Ulama PAS sedang dalam proses membuat kajian semula bagi menentukan samada kerjasama politik (tahaluf siyasi) yang membabitkan PAS dengan PKR dan DAP benar-benar mengikut hukum syarak atau sebaliknya.
Kajian tersebut dijangka selesai dalam masa terdekat dan ia akan dibincangkan oleh Dewan Ulama PAS Pusat untuk ditentukan cadangan atau penyelesaian yang dirasakan sesuai. Selepas itu ia akan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS untuk dimuktamadkan keputusannya.
Itu sedikit sebanyak penjelasan oleh Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dr. Mahfodz Mohamad berhubung tindakan yang bakal diambil oleh PAS berikutan kemelut yang melanda parti itu dengan parti pembangkang yang lain.
Punyalah banyak prosedurnya sebelum PAS dapat membuat keputusan samada untuk terus kekal dibuli oleh PKR dan DAP atau tarik diri dari PR demi mempertahankan maruah diri. Bendanya mudah saja untuk diputuskan mana satu pilihan tapi banyak pula prosedur dan birokrasinya.
Sekarang ini setiap hari PAS dan pucuk pimpinannya kena balun dan dibuli sesuka hati, malah NGO pro PKR pun dah berani main terjah Ibu Pejabat PAS sambil desak Presiden PAS supaya tunduk dengan tuntutan mereka atau jika gagal akan dihalau keluar dari PR.
Tak terasa hinakah PAS diperlakukan sedemikian rupa? Masih lagi nak menunda keputusan penting yang melibatkan maruah diri? Parah betul…Baca Selanjutnya 
Benarlah telahan MMI selama ini , PAS bukan sahaja sedang mengalami krisis identiti tetapi langsung hilang pedoman hinggakan begitu sukar sekali bagi PAS untuk membezakan antara MARUAH dan POLITIK.

Kalau diamati rentak PAS hari ini mereka masih menyimpan rasa CINTA untuk terus bersama DAP dan PKR.Namun KELIRU kerana permainan politik puak-puak ANWARINAS !!

Lihat apa yang berlaku dalam video dibawah...


Nik Aziz kata Pakatan Haprak yang kalah di Pengkalan Kubor bukan PAS !! Adehhh Pakatan apanya kalau kelibat DAP dan PKR langsung tak nampak ???

SAYANG apa jadi kepada mereka yang mengaku Ulama dalam PAS ???

MMI

4 comments:

  1. Panduan PAS bukan Quran dan Sunnah, tp ajis dan adi. Politik dgn agama tok leh nak beza. Maruah..., mmg dah tak de.
    Skrg, rujukan terbaru, bang non.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BENAR SAMA SEKALI. ORANG PAS HANYA PATUH PADA HADI DAN NIK AZIZ. YG LAIN TOLAK TEPI.

      Delete
  2. Kan.. semua itu semuanya tak elok !
    apa sahaja PAS buat tak elok !

    Orang bukan Islam mula bertanya tentang penjelasan hudud. Salah PAS yang bagi tahu!

    Orang bukan Islam mula bertanya penjelasan kenapa kalimah Allah tak boleh digunakan. Salah PAS yang tak jelaskan.

    =)
    Senyum.

    Yang baik semua BN

    ReplyDelete
  3. Bukan 'Tahaluf Siyasi', bro.., ini dah masuk bab 'Bahalol Siali' dah..

    ReplyDelete

Labels