Followers

Friday 3 October 2014

PAS Pecat Nasrudin Tantawi ??


Kalau diikutkan kelantangan pemimpin PAS hari ini yang masih berpegang kepada prinsip dan perjuangan sejak parti ini ditubuhkan MMI tak ragu-ragu untuk menyebut nama Nasrudin Tantawi.Walaupun tidak sepenuhnya beliau masih konsisten dengan pendirian partinya diwaktu ramai dikalangan rakan-rakannya TEWAS hasil daripada lambaian kuasa serta kerakusan untuk memenuhi tuntutan nafsu sendiri.

Maah sejak "Langkah Kajang" lagi Nasrudin tidak pernah berhenti menyanggah tiap keputusan yang dibuat khususnya berkaitan perletakan jawatan Adun PKR semata-mata untuk memberikan laluan kepada Anwar dan Jijah.

Kelantangan beliau bertali arus sehinggalah melibatkan soal kedudukan Menteri Besar Selangor dan juga tertubuhnya PASMA.

Namun jika diperhatikan parti PAS sendiri , mereka seolah-olah punya pendirian yang sedikit berbeza.Mungkin kerana masih mahu menjaga Tahakuf Siyasi agaknya maka kebanyakkan suara lantang Nasrudin di tenggelamkan oleh pemimpin tertinggi PAS sendiri melalui keputusan yang dibuat selepas itu.

Maka secara logiknya hari ini parti PAS secara tidak langsung sudah pun membuktikan bahawa mereka tidak ADIL dalam membuat keputusan mahupun tindakan terhadap ahli mereka sendiri.

Ingin MMI ingatkan bahawa tindakan pemecatan Hasan Ali daripada parti dibuat kerana beliau dikatakan tidak seiring dengan dasar dan keputusan parti.Khususnya dalam hal melibatkan minuman arak di Selangor.Akibatnya Hasan Ali di PECAT !! 

Justeru itu kenapa PAS masih lagi menyimpan Nasrudin Tantawi ??

Bukankah Nasrudin juga punya pendirian yang berbeza dengan kehendak parti ??

Serangan bertali arusnya terhadap DAP bukan sahaja mengoncang hubungan adik abang ini tetapi mampu memutuskan apa yang PAS sebut sebagai tahaluf Siyasi.

Jangan pula ketika ini PAS menyebut bahawa itu pandangan peribadi Nasrudin kerana ia pasti tidak adil kepada Hasan Ali.

So kenapa agaknya tiada sebarang tindakan terhadap Nasrudin ??

1.PAS sememangnya tengah berserabut dan keliru , 2 wakil PAS yang melanggar bai'ah pun masih lagi bebas tanpa sebarang tindakan daripada parti.

2.Perpecahan dalam parti tersebut melibatkan kumpulan pro ulama dan anwarinas

Inilah yang menjadi kata kuncinya , PAS sedang keliru dengan rentak politik yang mereka sendiri sedang mainkan.

Bagi MMI mudah sekiranya tiada tindakan diambil terhadap Nasrudin kerana menyerang DAP dan PKR maka ianya bererti ada di kalangan pemimpin tertinggi PAS juga sebenarnya MENYOKONG dan BERSETUJU dengan apa yang dilakukan oleh Nasrudin.

Ada puak PAS yang kata parti itu sudah semakin rimas dengan politik melampau DAP dan PKR cuma yang membantutkan mereka hari ini adalah kerana kehadiran ANWARINAS dalam parti.

Betuk ker ??

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels